Tomica - bermula dari 1970 dengan enam model kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika anda berminat dengan Hotwheels, pastinya anda tahu akan jenama Tomica dari Jepun.

Tomica menghasilkan model-model diecast bersaiz 1/65 (dan saiz-saiz 1/72, 1/74, 1/76 dan lain-lain lagi) dan memberikan fokus kepada kenderaan-kenderaan dari syarikat automotif Jepun, walaupun ada juga kenderaan dari negara barat yang dihasilkan oleh mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula pada tahun 1970, Tomica adalah jenama milik Tomy Kogyo Company Inc (sekarang ini menjadi Takara Tomy).

Pemilik Tomy Kogyo ketika itu, Eijiro Tomiyama juga adalah seorang pereka dan beliau mempunyai tujuh paten di bawah namanya - mainan dengan motor bergerak (1972), garaj parkir mainan (1972) dan litar untuk kereta mainan (1972).

Tomica dihasilkan untuk kanak-kanak di Jepun dan saiznya pula dipilih supaya boleh digenggam oleh kanak-kanak.

 

Enam model pertama yang dihasilkan oleh Tomica ialah:

  • Toyota Corona Mark II
  • Datsun Bluebird SSS Coupe
  • Toyota Crown Sedan (kereta polis)
  • Toyota Crown Super DL
  • Toyota 2000 GT
  • Datsun Fairlady

Tomiyama sebenarnya sudah mempunyai hasrat untuk masuk ke pasaran Amerika Syarikat sejak dari awal pelancaran Tomica.

Pada tahun 1969, jenama Matchbox milik Lesney dari UK mengalami tentangan hebat dari Hot Wheels oleh Mattel, dari USA.

 

 

Dalam tahun 1970, Matchbox memperkenalkan siri Super Fast dengan litar mainannya untuk bersaing dengan Hot Wheels.

Persaingan antara jenama UK dan jenama US itu memuncak dan Tomica mula masuk sebagai pencabar baharu.

Pada penghujung 1970-an, Matchbox sudah hampir bankrap dan Tomica semakin teguh. 

Dalam tahun 1980, Tomica telah melancarkan sehingga 260 model baharu dalam setahun. 


 

 

 

Sayangnya ia tidak tahan lama kerana Matchbox sudah dijual dan pengeluarannya dipindahkan ke China, menjadikan Matchbox mampu dijual di US dengan harga yang lebih murah dari Tomica.

Sekarang ini, Tomica sudah menghasilkan lebih dari 1000 model baharu dan menjual lebih dari 554 juta unit.

Hampir 99 peratus rakyat Jepun mengenali Tomica dan ia dibeli dari kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga remaja berusia 60 tahun.

 

 

Jika Hotwheels sering melancarkan siri-siri kereta dalam jumlah yang terhad dan mewujudkan perniagaan kurang sihat, Tomica tidak.

Tomica akan melancarkan dua model baharu setiap bulan dan dua model lama akan dihentikan penjualannya setiap bulan.

Ini untuk memastikan hanya ada 120 model kereta yang wujud di dalam pasaran setiap masa dan untuk mereka yang mahu mengumpul Tomica, suasana seperti ini tidak merumitkan.

Amat menyedihkan kerana harga Tomica di Malaysia jauh lebih mahal dari Hotwheels.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk model Countach itu tadi, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan lori pengangkut…
Berita Global
Untuk menyemarakkan lagi promosi tersebut di sana, Toyota Gazoo Racing bekerjasama dengan McDonald'…
Gaya Hidup
Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera Honda Civic Type R dalam satu acara yang dianjurkan oleh Tomica…