Tombol gear? Ini Crystal Sphere cantik untuk Genesis GV60

oleh Muhammad Md Tajudin|
Genesis GV60
Genesis GV60
Jika Hyundai dan Kia ada IONIQ 5 dan EV6, Genesis yang juga berada di dalam Hyundai Motor Group mempunyai crossover elektrik GV60.

Ketiga-tiganya dibangunkan dari platform e-GMP dan masing-masing mempunyai sasaran pembeli dan gayaan berbeza.

Genesis sekarang berada di dalam segmen premium dan mempunyai tarikan tersendiri bagi menyaingi pengeluar mewah lain yang lebih lama.

Satu ciri yang menarik perhatian pada GV60 ialah tombol gear atau pemilih gear Crystal Sphere yang begitu menonjol.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Genesis GV60

 

Bahagian dalaman GV60 sememangnya direka bergaya dan berseni mengikut falsafah Kecantikan Ruang Putih seni bina tradisional Korea.

Selain Crystal Sphere, satu lagi contoh utama yang menonjol ialah konsol tengah terapung.

Terletak di tengah konsol, Crystal Sphere tampil seperti permata atau tarikan utama ruang dalaman GV60.

Tidak hanya sebagai tombol gear, Crystal Sphere menjadi sebahagian daripada lampu ambien dan memancarkan cahaya tenang apabila sistem elektrikal dipadam dan pintu dibuka.

Cantik dan bagaimana Crystal Sphere berfungsi?

 

Genesis GV60

 

Crystal Sphere dibuat dengan dua permukaan.

Apabila pemandu menekan butang penghidup kereta, Crystal Sphere akan berputar ke dalam atau 180 darjah dan bahagian bawah dengan rekaan slot jari akan timbul atau naik ke atas.

Pemilihan gear pula dibuat dengan memusingkannya dan mempunyai respon haptik sebagai tanda gear sudah dipilih. 

Gerakan tersebut turut didatangkan dengan getaran kecil ketika proses tukaran sebagai contoh dari gear pandu kepada gear undur.

 

Genesis GV60

 

Turut berfungsi sebagai ciri keselamatan

Sedia maklum kereta elektrik tidak mempunyai bunyi seperti kereta biasa.

Dalam tempoh pengecasan, Crystal Sphere tidak akan berputar ke mod pemanduan yang bermakna gear tidak dapat dipilih.

Warna merah pula dinyalakan apabila gear undur dipilih.

£47,005 di Eropah

 

​Genesis GV60

 

Genesis GV60 sudah pun boleh dibeli di Eropah dan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Premium, Sport atau Sport Plus.

Harganya? Bermula dari £47,005 atau bersamaan RM253,311.

Memandangkan kedua-dua IONIQ 5 dan EV6 sudah ditawarkan di negara kita bagaimana pula dengan GV60? 

Untuk rekod, kenderaan Genesis pernah ditawarkan di negara kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Turut dilengkapi Kunci Digital dan sistem pembersihan udara berprestasi tinggi. Sistem canggih…
Berita Global
Sama seperti model Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6, Genesis GV60 dibangunkan atas pelantar e-GMP (…