Tom Hanks bakal lelong Land Cruiser BJ40

oleh HEZERI SAMSURI|
Tom Hanks adalah antara pelakon Hollywood yang layak dipanggil menerima status legenda.

Antara filem lakonan beliau ialah Apollo 13, Toy Story, Forrest Gump, Saving Private Ryan, Cast Away, The Da Vinci Code dan banyak lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenderaan milik seorang legenda pastinya sebuah kenderaan legenda juga dan kami tidak terkejut kerana Hanks memiliki sebuah Toyota Land Cruiser BJ40 (dikenali sebagai FJ40 di US).

BJ40 milik pelakon ini jauh dari standard. Ia menggunakan enjin 4.3L V6 GM L35 dengan transmisi manual 5-kelajuan dan menghasilkan 180 hp.

Stereng berkuasa, brek lebih berkuasa dan pendingin hawa juga turut ditambah agar ia lebih selesa.

Selain dari itu, tempat duduk hadapan pula ialah dari Porsche dan sistem audio dari Sony.

Lelongan akan dilakukan oleh syarikat Bonhams dan harga yang disasarkan adalah antara US$75,000 ke US$125,000 (RM317,600 ke RM529,300).

Jika anda berminat, sila ke pautan di bawah:

https://www.bonhams.com/auctions/26887/lot/12/