Tol tanpa palang bakal dimulakan di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Operator-operator lebuhraya bertol di Indonesia dijangka akan memulakan sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF) di mana pengguna lebuhraya tidak perlu berhenti untuk membuat bayaran.

Sistem itu kini sedang dalam proses simulasi di laluan Tangerang-Merak, sebuah lebuhraya yang diuruskan oleh PT Marga Mandalasakti (MMS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah Presiden PT MMS, Krist Ade Sudiyono, sistem itu menggunakan teknologi komunikasi jarak dekat (short ranger communication) untuk "berhubung" dengan peranti yang disimpan di dalam kenderaan.

Peranti pengesan atau "reader" dipasang di pintu masuk dan di pintu keluar lebuhraya itu.

Ahli Agensi Pengawasan Laluan Bertol Indonesia, Agita Widjajanto berkata kerajaan Indonesia memang mahu menggunakan aplikasi itu agar trafik di laluan bertol tersebut lebih lancar dan efisien.

* Laporan dipetik dari The Jakarta Post
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…