Tol MultiLane Free Flow di Indonesia mulai 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Lebuhraya bertol di Indonesia boleh dikatakan sesuatu yang baharu berbanding dengan Malaysia.

Namun begitu, perancangan untuk menggunakan sistem tol MultiLane Free Flow (MLFF) atau tol tanpa perlu berhenti sudah diumumkan di sana dan ia akan diperkenalkan seawal tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada awalnya, sistem MLFF ini akan dimulakan di lebuhraya bertol di Pulau Jawa dan di Bali. Ia akan diperluaskan ke semua jalanraya bertol di Indonesia menjelang 2023.

Dua sistem akan digunakan untuk "menangkap" maklumat kenderaan iaitu dengan sistem kamera dan juga unit kawalan komputer. Kenderaan perlu didaftar dengan sistem operasi MLFF dahulu dan sekiranya ada yang cuba menyelinap keluar secara percuma, pihak polis akan menghubungi pemilik kenderaan tersebut.

Di Malaysia, sistem MLFF masih dalam tempoh ujian dan hanya beroperasi di lebuhraya terbuka (bayaran tol tetap). 

* Laporan asal dari Autonetmagz

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…