Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur pertama diumumkan, bakal berlangsung pada 9 - 11 Jun 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berita baik buat peminat acara pameran terkenal dunia Tokyo Auto Salon (TAS), Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 bakal diadakan buat pertama kalinya di Malaysia, inilah masanya untuk anda menikmati pelbagai binaan dan jentera modifikasi tanpa perlu berjalan jauh ke Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Perkara itu telah diumumkan di Tokyo semasa majlis menandatangani antara San Ei Corporation dan MUSE Group selaku penganjur untuk edisi 2023.

 

2

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUSE, Riduwan Matni berkata, "Kami berbesar hati untuk mendapatkan lesen eksklusif bagi Tokyo Auto Salon, dan merupakan satu penghormatan untuk disenarai pendek oleh San Ei Corporation, pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, untuk menjadi rakan kongsi mereka di luar Jepun."

"Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi satu-satunya francais berlesen secara langsung di bawah jenama itu di dunia. Acara itu akan menghulurkan bantuan dalam menggiatkan semula industri pasaran selepas dilanda wabak ”

Sebelum ini juga, MUSE Group telah menganjurkan Tokyo Auto Salon Singapore pada 2013, yang berjaya menarik 70,000 pengunjung ke acara itu.

 

3

 

Syarikat itu menjangkakan 150,000 pengunjung untuk acara yang akan diadakan pertama kali di Malaysia itu, tiket masuk pula bermula dari RM40/sehari dan boleh dibeli secara atas talian.

Pembelian tiket sehari sebelum acara itu pula akan menerima diskaun sehingga 10 %, syarikat itu berkata perincian lanjut tentang pembelian tiket akan diumumkan kelak.

 

Sumber: paultan.org

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…
Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti…
Berita Global
STI E-RA (Electric Record Attemp) Concept ini merupakan sebuah projek kajian sukan permotoran yang…