Tokio Marine dan Suzuki Malaysia kerjasama tawarkan insurans dengan lebih faedah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
TOKIO Marine Insurans (Malaysia) Bhd (Tokio Marine) dan Suzuki Malaysia Sdn Bhd (Suzuki) telah mengumumkan kerjasama untuk menyediakan insurans eksklusif dan perlindungan tambahan motor untuk pemilik motosikal Suzuki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Tokio Marine telah dilantik sebagai penanggung insurans panel tunggal untuk jenama motosikal Suzuki.

Kerjasama itu bertujuan untuk mempromosikan Perlindungan Eksklusif Suzuki, yang menawarkan perlindungan insurans komprehensif pemilik motosikal, termasuk bantuan tepi jalan dan faedah tambahan motor pilihan lain.

Bagi meraikan perkongsian baharu itu, Tokio Marine telah melancarkan kempen untuk pemegang polisi motosikal Suzuki mereka sehingga 30 Jun.

Semasa tempoh kempen, pemilik motosikal Suzuki yang mendaftar untuk insurans Motosikal Tokio Marine akan menerima sembilan faedah tambahan percuma.

Faedah tambahan percuma itu termasuk Kematian Akibat Kemalangan dan Hilang Upaya Kekal, Perbelanjaan Perubatan dan Pendapatan Hospital Harian.

Kerjasama antara kedua-dua syarikat itu akan memberi manfaat kepada komuniti motosikal di Malaysia dengan menyediakan insurans mampu milik dan perlindungan tambahan motosikal untuk pemilik motosikal Suzuki sama ada besar atau kecil.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai insurans tersebut, anda boleh hubungi ejen sah atau layari laman sesawang Tokio Marine.

 

Sumber: The Star