Tokan lumba haram LPT2 tumpas

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua kumpulan yang cuba menganjurkan perlumbaan haram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tumpas apabila pihak polis menahan mereka awal minggu lalu.

Menurut Timbalan Pengarah  (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, pihak beliau melakukan serbuan ke atas dua kumpulan yang dikenali sebagai Geng Kemaman dan Geng Kerteh dalam Ops Samseng Jalanan oleh Unit Risikan dan operasi JSPT Bukit Aman serta Unit EMV Zon Timur.

Seramai 10 lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun ditahan pada operasi jam 10 malam itu yang bermula bila pihak polis mengesan seorang penunggang motosikal Yamaha RX-Z yang sedang "superman" di atas lebuhraya tersebut.

Penunggang itu ditahan selepas ia berhenti di belakang sebuah trak pikap Nissan Navara yang dinaiki oleh dua lelaki - dipercayai terbabit dalam penganjuran perlumbaan haram.

Polis kemudian menahan empat lagi lelaki di dalam sebuah Proton Wira di hentian rehat Plaza Tol Kerteh dan pada jam 3.30 pagi, seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RX-Z dan dua lagi lelaki di dalam sebuah lagi Nissan Navara diberkas di Plaza Tol Kerteh.

Nilai pertaruhan malam itu ialah sebanyak RM3,000.

Polis berkata geng ini sudah mula aktif sejak beberapa tahun lampau dan kesemuanya ditangkap dan ditahan reman untuk siasatan.


*Berita lengkap di Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari…
Berita Domestik
"Kesemua motosikal itu disita mengikut Sesyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Dalam operasi…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan itu…