TOC Automotive College dan MSF berkerjasama cungkil bakat baharu industri automotif lokal

oleh Mohamad Hanif|
TOC Automotive College telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan penganjur siri perlumbaan nasional, Malaysia Speed Festival di dalam usaha untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar, khususnya di dalam sukan permotoran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian itu merangkumi kursus khusus di dalam bidang perniagaan permotoran, dan seterusnya mendidik pelajar-pelajar baharu menjadi tenaga pekerja yang mahir mengendali selok belok industri automotif dan mampu memimpin pelapis baharu. 

 


Para graduan juga akan turut dilengkapkan dengan ilmu dan pengalaman teknikal sebelum menceburkan diri di dalam bidang perlumbaan mahupun bidang sebenar. 

Antara subjek yang akan dipelajari sepanjang kursus tersebut termasuklah

  • Racing event safety & scrutineering
  • Race control & driver discipline
  • Timing & gridding
  • Body and chassis preparation
  • Engine modifications and preparation
  • Basic aerodynamics
  • Suspension set up
  • Testing & strategies

Menariknya, kursus yang dianjurkan selama 20 minggu ini juga turut menampilkan kelas intensif istimewa daripada pendukung industri permotoran tempatan seperti Proton-R3 Motorsports, Fawster Suspension, K-TECH Suspension, dan Hankook Motorsports Malaysia.