TnG bakal perkenal tambah nilai kad melalui aplikasi e-dompet menjelang akhir tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan berita yang bakal memberikan senyuman manis kepada ribuan pengguna kad Touch 'n Go.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu temubual yang dibuat oleh The Star, CEO Touch 'n GO Effendy Shahul Hamid menjanjikan dua perubahan besar yang bakal dilakukan pada tahun ini.

Salah satu daripadanya adalah kemudahan untuk menambah nilai kad fizikal Touch n Go menerusi aplikasi eWallet TnG yang sudah sekian lama diminta oleh kebanyakan pengguna.

Ini kerana pada ketika ini, pengguna masih lagi perlu ke kedai untuk menambah baki kredit Touch 'n Go walaupun pihak tersebut telah pun memperkenalkan fungsi PayDirect  yang boleh digunakan di sesetengah lebuh raya, di mana tambang tol secara automatik ditolak daripada baki eWallet, dan bukannya daripada kad fizikal.

Selain daripada itu, pihak TnG juga akan turut memansuhkan surcaj parkir yang dikenakan apabila pengguna menggunakan kad Touch 'n Go ketika memasuki kawasan parkir kenderaan menjelang suku pertama tahun ini.

Tambah Effendy lagi, pihak TnG kini sedang berusaha untuk membatalkan fi 50 sen yang dikenakan ketika pengguna menambah nilai di sesetengah lokasi.

Sumber: The Star menerusi Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…