TNB - Tiada kebakaran semula kabel di Jambatan Pulau Pinang

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan tiada kebakaran semula pada ketiga-tiga kabel 132kV di Jambatan Pulau Pinang semalam, susulan kebakaran terdahulu petang kelmarin.

Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir Husaini Husin dalam satu kenyataan berkata, arus elektrik pada kabel yang terbakar dihentikan secara automatik sejak kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Laporan mengenai kabel elektrik di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang terbakar semula yang dilaporkan beberapa portal berita, adalah dirujuk. Untuk makluman, hasil siasatan TNB mendapati tiada kebakaran semula pada ketiga-tiga kabel 132kV yang terbakar semalam.

 

"Arus elektrik pada kabel sudah pun dimatikan secara automatik ketika kebakaran kelmarin," katanya memaklumkan, kumpulan teknikal TNB yang berada di lokasi mendapati kepulan asap pada pagi semalam dan dipadamkan bomba adalah kesan sisa-sisa kebakaran kelmarin.

 

"Terima kasih kepada pihak bomba yang dapat memadamkan sepenuhnya kebakaran pada kabel tempoh hari. Pasukan kami bersama PLUS dan bomba sentiasa memantau keadaan demi keselamatan pengguna jambatan," katanya.

 

gambar hiasan

 

Kabel 132kV terbakar jam 4 petang semalam sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa dari arah pulau ke Seberang Perai.

 

Insiden sama pernah berlaku pada September 2010 apabila tiga kabel kuasa tinggi terbakar, mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau terutama di Bayan Lepas.

 

Terdahulu malam kelmarin, BERNAMA melaporkan TNB masih menyiasat insiden kebakaran kabel berkenaan dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara.

 

Husaini berkata, kebakaran itu dikesan jam 4 petang dan punca sebenar masih dalam siasatan. TNB bekerjasama rapat dengan polis, bomba dan PLUS (PLUS Malaysia Berhad) bagi mengawal kebakaran supaya aliran trafik di Jambatan Pulau Pinang kembali lancar.

 

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat kejadian itu," katanya.

 

Sambil memberi jaminan bekalan elektrik kepada semua pengguna di Pulau Pinang stabil dan proses baik pulih kerosakan kabel yang terjejas dijalankan segera, beliau menasihatkan orang ramai menghubungi TNB CareLine di talian 15454 jika mengesan sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, berkata kebakaran itu mengakibatkan tiga litar di bawah Jambatan Pulau Pinang terputus, namun tiada gangguan elektrik kerana ada empat lagi kabel dasar laut tidak terjejas.

 

"Masih terlalu awal untuk mengetahui sejauh mana kerosakan pada litar kerana pihak (syarikat konsesi) Jambatan Pulau Pinang perlu melakukan pembaikan sebaik saja ia selamat dan tidak ada lagi asap. Kita perlu menunggu lebih banyak maklumat daripada pihak berkaitan," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang "mencedok bahan api dari lori tangki"…