TNB sedia terajui mobiliti rendah karbon di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Tenaga Nasional Berhad dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan mereka bersedia untuk membekalkan infrastruktur yang bersesuaian di seluruh negara bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, pegawai strategi dan kawal selia TNB Datuk Fazlur Rahman berkata, "selaras dengan agenda karbon rendah kerajaan, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana sektor swasta yang mahu beralih kepada mobiliti elektrik.

Menurut Fazlur lagi, sehingga kini TNB telah pun menyediakan 73 pusat pengecasan kenderaan elektrik di 31 lokasi.

Syarikat itu juga baru-baru ini turut menandatangani perjanjian dengan syarikat kurier DHL Express untuk memasang pusat pengecasan EV sepanjang laluan penting logistik DHL di seluruh negara.

Berdasarkan data tahun 2016, industri pengangkutan merangkumi 21 peratus daripada jumlah pelepasan emisi karbon dioksida Malaysia, dan dengan mobiliti elektrik ini mampu menjadi pengubah besar kepada negara memandangkan teknologi baharu mampu merangsang aktiviti ekonomi bernilai tinggi.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan dasar nasional berkenaan kenderaan elektrik pada bulan ini, yang merangkumi pengurangan cukai yang mampu menurunkan lagi harga jualan kenderaan elektrik sehingga separuh daripada nilai asal.

Pada bulan Mei, CEO MARii Dato' Madani Sahari menjelaskan, kerajaan telah pun menyediakan polisi khusus untuk pelaksanaan mobiliti elektrik yang merangkumi pengecualian cukai yang besar kepada pengeluar.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh mendapatkan manfaat daripada insentif secara terus dalam bentuk pengecualian cukai jalan, skim parkir hijau, kos pemasangan fasiliti pengecasan serta rebat tol.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…