TNB pilih trak tugas ringan HINO 300 Series pertingkat kualiti penyelenggaraan

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini telah mengadakan majlis penyerahan lapan unit daripada pembelian keseluruhan berjumlah 99 unit trak tugas ringan HINO 300 Series kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Modenas

Pembelian barisan trak HINO XZU720K yang dilengkapi dengan tower wagon yang menawarkan prestasi yang cemerlang dan menjimatkan penggunaan bahan api itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan TNB di seluruh negara. 

TNB membeli trak dengan konfigurasi pemanduan 4x2, mempunyai berat kenderaan kasar (GVW) sehingga 7.5 tan dan enjin common-rail suntikan terus yang memenuhi piawaian Euro 3.

Pembelian trak-trak kegunaan khas TNB ini dibuat menerusi pakar pembina khas, APlus Manufacturing Sdn Bhd manakala majlis penyerahan unit-unit tersebut dibuat di salah satu cawangan TNB di Klang. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pihak pengurusan TNB, Hino Malaysia, dan APlus Manufacturing bersama-sama Maju Engineering & Services Sdn Bhd. 
 


Kesemua trak ini akan digunakan secara meluas di seluruh kawasan Lembah Klang termasuklah TNB Klang, TNB Subang, TNB Rawang, TNB Cheras, TNB Petaling Jaya dan TNB Puchong.

Dalam masa yang sama, Hino baru-baru ini telah melancarkan program waranti baharu untuk trak HINO 300 Series yang merangkumi jaminan pengeluar sehingga lima tahun dan jarak perbatuan 200,000 km. 

Selain daripada itu, Hino Malaysia juga telah menubuhkan pusat latihan pemandu trak Hino Total Support Customer Center (HTSCC) bagi memberikan latihan intensif kepada pemandu baik dari segi teori dan juga praktikal pemanduan. 

Add new comment