TNB, MARii bangunkan ekosistem kenderaan elektrik menyeluruh

oleh Mohamad Hanif|
Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IOT Malaysia (MARii) dalam mewujudkan ekosistem kenderaan elektrik secara menyeluruh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama bertunjangkan pembangunan bersama ekosistem EV itu membolehkan pelaksanaan Mobiliti sebagai sebuah perkhidmatan (MAAS) dan insiatif berkaitan dalam pasaran automotif di Malaysia.

Ia juga membolehkan TNB mengambil bahagian bersama-sama dengan MARii dalam menubuhkan EV Interoperatibility Centre (EVIC) di Cyberjaya, termasuk dalam pembahagian tenaga dan rangkaian grid bagi mewujudkan garis panduan pengembangan penggunaan EV di seluruh negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, kerjasama antara TNB dan MARii merupakan satu lagi bukti komitmen TNB terhadap inisiatif kerajaan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 45 peratus menjelang 2030.

MoU itu turut memberikan fokus kepada pelaksanaan Projek Perintis Hab EV Langkawi yang menyokong visi sasaran sebagai Pulau Rendah Karbon 2030.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan EV mampu milik menerusi kerjasama pihak institusi perbankan, para pembekal, pengilang dan pengedar kenderaan, serta pengusaha kereta awam, teksi dan seru-pandu.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…