TNB Electron umum kadar harga mengecas, bermula dari RM2.05/minit untuk 80 kW

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah beberapa bulan ditawarkan secara percuma, stesen pengecasan pantas DC, TNB Electron telah mengumumkan kadar harga mengecas di stesen mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beberapa hari lepas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan stesen pengecasan pantas DC mereka iaitu TNB Electron, dimana ianya merupakan hasil kerjasama diantara pihak TNB dan Lebuhraya PLUS.

Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang terletak di R&R Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) dan Paka (arah utara).

 

2

 

Kadar harga bagi mengecas bermula dari RM2.05/minit untuk pengecas 80 kW, RM2.20/minit untuk pengecas 90 kW dan RM 2.35/minit untuk pengecas 100 kW.

Untuk menggunakan pengecas dari stesen pengecasan pantas DC TNB Electron, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Go To-U melalui telefon pintar.

Selain 3 lokasi sedia ada, TNB Electron bakal diperluaskan di beberapa tempat baharu seperti R&R Machap (arah selatan), Paka (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan), Rawang (arah utara) dan Gunung Semanggol (arah selatan).

 

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
Menerusi kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan PLUS, pemilik kenderaan elektrik boleh…