TNB dan MARII mahu jadikan Langkawi hab untuk Kenderaan Elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Malaysia Automotive, Robotics and IOT Institute (MARii) bersetuju menjalin kerjasama strategik untuk mewujudkan platform bagi membantu menangani cabaran negara ke arah penggunaan kenderaan eletrik (EV) secara menyeluruh.

TNB dan MARii (sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membenarkan TNB mengambil bahagian bersama MARii dalam menubuhkan sebuah EV Interoperability Centre (EVIC) di Cyberjaya dalam pembahagian tenaga dan rangkaian grid untuk mewujudkan garis panduan pengembangan penggunaan EV di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din menegaskan kerjasama TNB dan MARii ini merupakan satu lagi bukti komitmen TNB terhadap inisiatif kerajaan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45% dalam tahun 2030. 

Ia turut merupakan sebahagian daripada Hala Tuju Kelestarian (Sustainability Pathway) TNB ke arah pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.

 

 

“MARii dan MITI bakal menubuhkan Electric Vehicle Interoperbility Center (EVIC), di mana teknologi penjanaan dan penyimpanan tenaga akan menjadi pemegang taruh penting dalam mengembangkan infrastruktur penyelidikan dan pembangunan bagi kegunaan pengilang EV dan pembekal komponen kritikal di bawah EVIC,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Ts. Mohamad Madani Sahari.

MoU itu juga memberi fokus terhadap pelaksanaan Projek Perintis EV Hub Langkawi yang menyokong visi sasaran Pulau Langkawi sebagai Pulau Rendah Karbon 2030. Antaranya menerusi potensi memperkenalkan EV mampu milik dengan kerjasama pihak institusi
perbankan, para pembekal, pengilang & pengedar kenderaan dan juga pengusaha kereta awam, teksi dan e-hailing.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama bertunjangkan pembangunan bersama ekosistem EV itu membolehkan pelaksanaan Mobiliti…
Berita Domestik
Semenjak pengumuman Bajet 2022 sebulan lalu, dua pembuat komponen automotif utama, EP manufacturing…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari berkata, insentif yang disasarkan khusus…