TMS 2019 - Nissan Ariya Concept tampil bahasa rekaan baharu Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Menghampiri tahun 2020, Nissan bakal membawakan kepada anda evolusi falsafah dan arah tuju bahasa rekaan yang bakal diterapkan pada model-model akan datang menerusi pengenalan Nissan Ariya Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model konsep ini dipamerkan secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show, dan menurut Nissan, ia adalah simbolik kepada permulaan era baharu untuk jenama Nissan dan mendefinisikan semula falsafah jenama itu untuk fasa evolusi yang seterusnya. 

Dengan tema "Timeless Japanese Futurism", Nissan Ariya Concept banyak mengambil inspirasi daripada model IMx Concept yang pernah dipamerkan dua tahun sebelum ini, selain menerima penambahan beberapa elemen yang lebih berani dan mengekalkan ciri V-motion yang sinonim dengan Nissan itu sendiri.

 


Pada muka hadapan, Nissan Ariya menampilkan 'perisai' bagi menggantikan peranan gril biasa, dan disebalik logo Nissan yang bercahaya itu, ini menandakan Nissan Ariya adalah sebuah SUV berkuasa elektrik. 

Di sebalik muka V-motion itu, terdapat jalur lampu nyalaan siang LED yang memanjang ke bawah dan mampu berfungsi sebagai lampu membelok yang sangat stailo. 

 


Rekaan minimalisme itu turut diteruskan di bahagian ruang kabin, di mana rekaan papan pemuka juga lebih ringkas, dan terdapat dua skrin paparan yang bersambung bersaiz 12.3 inci. 

Kawalan iklim pula boleh diakses menerusi sistem kawalan berasaskan sentuhan yang tertanam di seksyen bawah papan pemuka. 

Nissan Ariya menggunakan platform papan selaju, dimana pek bateri terletak di bahagian lantai, dan trenkuasa motor elektrik berkembar yang memacu semua roda. 
 


Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembangunan fungsi ATTESA-ETS pada Nissan GT-R, Nissan mengatakan bahawa layout Ariya Concept ini mampu memberikan pengendalian pemanduan yang lebih jitu serta lebih cengkaman di selekoh. 

Untuk tujuan keselamatan, Nissan telah melengkapkan Ariya Concept dengan ciri ProPilot 2.0 - sistem bantuan pemanduan yang turut merangkumi pemanduan berbantu di lebuhraya, serta ciri pemanduan tanpa tangan untuk laluan tunggal.

Berita Berkenaan

Berita Global
Inisiatif ‘sifar emisi’ tersebut dimulakan oleh Agensi Sains dan Teknologi Industri (sebahagian…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…