TMS 2019 - Mitsubishi Mi-Tech, SUV kompak dengan nadi hibrid + turbin gas

oleh Mohamad Hanif|
Konsep SUV kompak tanpa bumbung Mitsubishi Mi-Tech ini cuba membawakan kelainan dari segi trenkuasa, di mana ia hadir tanpa bantuan enjin konvensional seperti petrol mahupun diesel.
Modenas

Sebaliknya, ia menggunakan trekuasa plug-in hybrid yang dijana dengan sistem generator turbin gas. 

Menurut Mitsubishi, sistem generator yang bersaiz kompak dan ringan itu mampu menghasilkan kuasa yang tinggi dan mampu menggunakan pelbagai jenis bahan api seperti alkohol, kerosin dan juga diesel, bergantung kepada negara yang dipasarkan. 
 


Kuasa tersebut disalurkan kepada empat motor elektrik - dua untuk setiap gandar - yang dipanggil sebagai Quad Motor 4WD System. 

Dari segi luaran, ia membawakan reka bentuk ala-ala buggy off-road, dibantu dengan penggunaan tayar off-road, cladding plastik pada arca roda, serta skid plate aluminium.

Penampilan empat bukaan berbentuk kipas turbin pada dek belakang memberikan imej yang lebih agresif kepada SUV ini. 
 


Kabin pula lebih ringkas rekaannya, di mana terdapat skrin kecil terletak di balik stereng, manakala windscreen pula dipasang dengan paparan informasi berbentuk augmented reality bagi menggantikan skrin tengah yang menjadi kelaziman industri. 

Pengendalian off-road pula dibantu dengan versi Super All Wheel Control (S-AWC) Mitsubishi yang telah ditala semula bagi disesuaikan kepada prestasi empat motor elektrik pada SUV ini. 

Antara ciri baharu yang disertakan termasuklah kebolehan untuk bergerak dengan hanya dua roda sahaja, serta ubahan kepada arah roda yang mampu membenarkan pergerakan 180 darjah. 
 


Manakala sistem kawalan pula hadir daripada adaptasi penggunaan angkup brek elektrik. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk…