TMS 2019 - Kawasaki Z H2, streetfighter naked dengan pengecas lampau, 200 PS!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki juga turut sama mempamerkan sebuah motosikal varian kepada superbike terulung H2, iaitu Kawasaki Z H2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawasaki Z H2 merupakan sebuah jentera streetfighter versi naked, didatangkan dengan enjin pengecas lampau bersesaran 998 cc yang mampu menghamburkan 200 PS dan 137 Nm kepada roda belakang. 

Walaupun secara visualnya nampak togel dengan kerangka Trellis berwarna hijau yang terdedah di sana sini, Kawasaki Z H2 mempunyai kelebihan 1 kilogram berbanding Kawasaki H2, iaitu 239 kilogram. 

 


Pun begitu, rupa paras Z H2 tidak kurang garangnya dengan handlebar yang rata, rekaan tangki bahan api, serta posisi lampu LED utama yang lebih agresif. 

Untuk menjinakkan kuasa daripada enjin pengecas lampau tersebut, Kawasaki turut mendatangkan beberapa bantuan elektronik seperti mod tunggangan, dan Kawasaki Traction Control System (KTRC) bagi memudahkan urusan penunggang. 

 


Kesemua tetapan ini boleh diakses menerusi paparan TFT LCD digital berwarna yang turut menawarkan sambungan kepada Bluetooth.