TMS 2019 - Kawasaki Ninja ZX-25R dengan enjin inline-4!

oleh Mohamad Hanif|
Bukan berita palsu, bukan hoax, akan tetapi ia adalah satu realiti.
Modenas

Masih lagi bersiaran dari Tokyo Motor Show di mana Kawasaki secara rasmi memperkenalkan model sportsbike terbaharu segmen suku liter iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris!

Namun, Kawasaki masih lagi merahsiakan sebahagian besar data informasi berkenaan enjin empat silinder sebaris ini, selain daripada enjin DOHC 16 injap sejukan cecair bersesaran 249 cm3 ini. 
 


Apa yang pasti, kuasa yang ditawarkan dijangka jauh melebihi kuasa yang ditawarkan oleh enjin parallel-twin yang hadir pada Kawasaki Ninja 250, terima kasih kepada talaan kepada unit kemasukan dan unit ekzos. 

Malah, apa yang diperoleh Kawasaki menerusi penglibatan dalam perlumbaan WSBK juga turut dicurahkan ke dalam pembangunan motosikal suku liter ini.

Kawasaki Ninja ZX-25R menggunakan rangka jenis Trellis yang diperbuat daripada keluli bertekanan tinggi, dan tidak seperti adiknya Ninja 250, posisi ekzos ZX-25R diletakkan jauh lebih rendah. 
 


Sistem pengendalian Ninja ZX-25R ini terdiri daripada fork upside down jenis Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) di hadapan dan penyerap hentak tunggal jenis Horizontal Back-link di belakang. 

Ciri-ciri elektronik turut tersedia seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), seleksi Power Mode, dan Kawasaki Quick Shifter (KQS).

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…
Berita Global
Menurut Mitsubishi, model terbaharu ini merupakan sebuah prototaip yang sudah pun bersedia untuk…