TLDM terima banyak tawaran latihan kapal selam daripada negara asing

oleh Mohamad Hanif|
Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima banyak tawaran dan permohonan latihan dengan kapal selam kelas Perdana Menteri negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak daripada tentera laut negara luar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM, Laksamana Pertama Mohd Razib Tahir berkata, tawaran daripada negara luar untuk berlatih bersama dua kapal selam negara itu mungkin kerana mereka teruja untuk berlatih bersama kapal selam Scorpene yang telah dikendalikan oleh TLDM dalam tempoh 12 tahun.

Tambah beliau, tidak banyak negara di dalam dunia yang memiliki dan mengoperasi kapal selam Scorpene yang dibina oleh firman DCNS/Navantia ini, seperti India, Brazil dan juga Chile.

"Dalam tempoh 12 tahun operasi kapal selam ini, terdapat banyak tawaran yang diterima, namun ada juga yang terpaksa ditolak," katanya dalam wawancara baru-baru ini.

Antara negara-negara sahabat yang telah menjalani interaksi secara berdepan di daratan selain mengadakan latihan di lautan termasuklah Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan United Kingdom.

Jelasnya lagi, walaupun TLDM baru 12 tahun mengoperasikan kapal selam dan angkatan kapal selamnya disifatkan masih muda, namun mereka telah berjaya membuktikan kemampuan dalam mengoperasikan kapal selam untuk tempoh yang singkat.
 

KD


"Dari segi keupayaan tempur, kita telah berjaya membuktikan keupayaan dalam beberapa siri latihan penembakan seperti contoh, penembakan peluru berpandu Exocet SM39, selain melakukan penembakan torpedo yang tepat mengenai sasaran pada tahun 2014.

Di Asia Tenggara, selain daripada TLDM yang menggunakan kapal selam Scorpene, tentera laut Indonesia menggunakan kapal selam buatan Jerman dan Korea Selatan, manakala angkatan tentera laut Singapura pula menggunakan kombinasi kapal buatan Jerman dan Sweden.

Selain itu, Thailand akan memiliki tiga buah kapal selam dari China untuk tempoh beberapa tahun, sementara Myanmar pula memiliki kapal selam ehsan daripada India.

Vietnam pula memiliki enam buah kapal selam Kilo buatan Russia yang dilengkapi dengan peluru berpandu Klub.

Sumber: Defense Security Asia

Berita Berkenaan

Informasi
Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata 17 kapal adalah daripada TLDM, 15 kapal…
Berita Domestik
  Menurutnya, peruntukan menaik taraf aset ketenteraan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),…
Berita Domestik
  Maklumat terbaharu itu disahkan ketika Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Projek Ketiga yang…