TJM lancar kit off-road untuk Land Cruiser 300 Series

oleh Mohamad Hanif|
Atas kertas, generasi baharu Land Cruiser 300 Series memiliki keupayaan off-road yang tersendiri, terima kasih kepada penambahbaikan yang dibuat oleh Toyota terhadap SUV popular itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, itu semua bukanlah penghalang bagi sesetengah pihak untuk meningkatkan lagi keupayaan yang sudah tersedia maklum itu.

Penala dari Australia, TJM baru-baru ini memperlihatkan pakej naik taraf Land Cruiser tanpa mengorbankan aspek keselamatan standard yang dimuatkan.
 

LC


Perkara yang paling menonjol sudah pasti pemasangan bampar depan logam dengan bull bar terbina, di mana kedua-dua komponen ini direka supaya mampu bekerja seiring dengan penderia ADAS dan juga beg udara.

Salah satu daripada opsyen bull bar yang ditawarkan, iaitu Outback Bar boleh didatangkan dalam warna hitam atau warna pilihan lain, menampilkan cangkuk keluli, keupayaan sehingga 8,000 kg, serta penambahan lampu pemanduan malam LED, lampu kabus dan juga lampu indikasi membelok.

Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi pemasangan skid plate, dan perlindungan bawah badan bagi melindungi komponen mekanikal daripada kerosakan terutama ketika mengharungi laluan yang mencabar.
 

LC


Di bahagian sisi, terdapat penambahan perlindungan yang menghubungkan bull bar itu tadi dengan tempat pemijak sisi, diikuti dengan pemasangan snorkel AirTec.

Rak bumbung juga boleh dipasang untuk memuatkan barangan, aksesori atau khemah bumbung yang boleh dilipat.

TJM juga menawarkan naiktaraf sistem gantungan kepada suspensi XGS yang menampilkan penyerap hentak tiub berkembar, ciri Multi-Stage Velocity-Controlled Valving, serta lengan kawalan atas bespoke.
 

LC


Tiada sebarang perincian harga diumumkan, namun ia boleh didapati bermula tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…