Tipu urusan jual kereta Lamborghini bernilai RM2.4 juta, polis buru Lim Voi Heng

oleh Penyumbang Rencana|
foto FMT
Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan urusan jual kereta Lamborghini Aventador S bernilai RM2.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun pada 19 Februari lalu.

Menurut pengadu, seorang lelaki dikenali Lim Voi Heng berusia 48 tahun yang menawarkan untuk menjual sebuah kereta Lamborghini Aventador S yang bernilai RM2.4 juta pada Jun 2020.

“Pengadu telah beberapa kali berjumpa lelaki itu dan turut memandu uji sebuah kereta jenis sama di sebuah syarikat permotoran beralamat di Puchong, Selangor,” katanya.

Selain itu, mangsa turut ditunjukkan borang import Kastam bagi membuktikan bahawa kereta yang ingin dibelinya telah diimport masuk ke Malaysia.

“Bermula 15 Jun 2020, pengadu telah membuat 18 kali bayaran ke akaun sebuah syarikat yang diarahkan oleh suspek.

“Bagaimanapun, pada Januari 2022, pengadu telah menerima beberapa gambar dokumen notis sitaan kereta yang ingin dibelinya,” katanya.

Menurut Ramli, lelaki itu juga berjanji akan menyelesaikan masalah itu dan menguruskan pendaftaran serta pindah milik kereta.

“Sehingga kini, mangsa tidak menerima kereta yang dijanjikan malah lelaki itu juga telah menghilangkan diri dan tidak lagi dapat dihubungi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pegawai penyiasat sedang mengesan Voi Heng yang mempunyai alamat terakhir di sebuah pangsapuri di Taman Sungai Besi, Seri Kembangan, Selangor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan individu itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ruzanna Khairion di talian 010-4425916,” katanya.

 

FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Informasi
  Ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu…