Tipu perbatuan pada Ferrari terpakai?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kes penipuan di mana jarak perbatuan pada kereta terpakai atau kenderaan reconditioned dikurangkan agar nampak seperti unit yang tidak berjalan jauh memang satu situasi yang boleh dikatakan normal.

Ia sukar dikesan dan selagi komponen itu dibuat oleh manusia, maka akan ada cara untuk mengatasinya.

Namun begitu, laman web Jalopnik berkata Ferrari Itali dikatakan tahu dan seolah-olah membenarkan pengedar Ferrari terpakai melakukan kesalahan itu.

Tahun lalu laman web popular dari US itu ada membuat laporan berkaitan satu kes saman di mana seorang wakil penjual Ferrari menyaman Ferrari kerana syarikat itu membenarkan penggunaan alat yang akan mengurangkan jumlah perbatuan pada unit-unit Ferrari terpakai.

 

 

Memo yang dikongsi oleh Jalopnik itu menunjukan sejenis alat diagnostik DEIS Tester yang digunakan semasa proses servis juga mampu mengubah jumlah perbatuan kenderaan itu.

Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, mengubah jarak perbatuan pada meter kenderaan boleh diklasifikasikan sebagai percubaan untuk menipu.

Menurut Ferrari, apa yang dilakukan itu tidak salah dan ia adalah untuk membantu mereka dalam membaiki kenderaan tersebut.

Ferrari juga memberitahu bahawa alat DEIS itu tidak boleh digunakan untuk mengubah perbatuan jika Ferrari itu sudah bergerak melebihi 500 km.

Ini bermakna sekiranya ia dipandu semasa dalam proses pemindahan dari kapal ke dewan pameran, atau untuk sesi demo, unit itu boleh direset kepada kosong semula.

Mungkin alasan Ferrari boleh diterima.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…