Tips panjangkan hayat wiper kereta anda

oleh Mohamad Hanif|
Wiper, atau istilah Melayunya pengelap cermin merupakan salah satu ciri keselamatan yang cukup penting bagi memastikan medan penglihatan kenderaan anda kekal jelas, terutama ketika memandu di musim tengkujuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), sebanyak 94 peratus pemandu di Malaysia menganggap wiper sebagai salah satu komponen penting pada kereta, satu peningkatan yang amat baik berbanding 70 peratus pada tahun 2018.

Untuk memastikan keselamatan ketika memandu, terdapat lima tips mudah bagi memastikan jangka hayat wiper yang lebih lama, sekaligus memberikan nilai untuk setiap wang yang anda belanjakan.
 

1. Pilih jenama yang dipercayai

 

Terlalu banyak jenama yang ada di pasaran, namun jika anda seorang yang mementingkan keselamatan, cari jenama yang benar-benar dipercayai, di mana tahap kualiti, ketahanan dan jangka hayat wiper telah terbukti berkesan.

Yang pasti, jenama-jenama ini telah melabur banyak dalam penyelidikan bagi memastikan produk wiper yang dihasilkan mampu bertahan dalam apa jua jenis cuaca, serta prestasi pengelap yang unggul untuk tempoh masa yang lama, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan ketika di atas jalan raya.
 

2. Lapisan kalis air (Rain Repellent) bukan pengganti wiper!

Salah satu konsep yang kerap disalahertikan adalah lapisan kalis air yang tidak memerlukan anda menggantikan wiper dengan kerap disebabkan penggunaan yang jarang.

Namun, tidak ramai yang tahu, penggunaan lapisan ini sebenarnya lebih bahaya kerana ia menyebabkan kadar kelusuhan wiper yang tidak sekata, dan mampu memberikan kesan kepada kualiti sapuan dan tempoh hayat wiper itu sendiri.

Selain daripada itu, penggunaan bahan kalis air ini juga boleh menyebabkan kesan kabut pada cermin yang mengambil masa yang lama untuk hilang setiap kali kitaran mengelap, dan ini lebih menyukarkan pemanduan terutama pada waktu malam.

Sebagai perbandingan, cermin yang tidak didatangkan dengan lapisan ini lebih cepat menghilangkan kesan kabut itu dalam tempoh saat setiap kali kitaran mengelap.


3. Pastikan cermin hadapan kekal bersih


Faktor seperti kepanasan, habuk dan serpihan bendasing mampu memberikan kesan kepada prestasi pengelapan cermin dan jangka hayat wiper itu sendiri.

Amalan baik seperti memastikan cermin hadapan kekal bersih, memeriksa wiper sebelum dan selepas musim tengkujuh untuk melihat kesan pakai dan lusuh, dan membuang sisa serpihan bendasing mampu memanjangkan jangka hayat wiper, menghasilkan kualiti sapuan yang lebih bersih sekaligus memberikan lebih nilai untuk wang dalam tempoh masa yang lama.

Satu lagi konsep yang disalahfahamkan adalah tabiat mengangkat lengan wiper ketika cuaca panas bagi mengelakkan bilah wiper rosak akibat kepanasan yang melampau.

Tabiat ini dilihat mampu memberikan kesan kepada spring lengan wiper dan mampu menyebabkan kesan pengelapan yang tidak sempurna, sekaligus menyebabkan kos pembaikan yang lebih mahal berbanding amalan memeriksa secara berkala dan menggantikan bilah wiper.
 

4. Periksa bilah wiper setiap enam bulan

Satu petua khusus untuk pemandu baharu adalah dengan membiasakan diri memeriksa bilah wiper setiap enam bulan untuk melihat kesan seperti pengerasan, terlalu lusuh, koyak atau retak.

Kesan di atas merupakan petunjuk bahawa wiper kereta anda perlu digantikan serta-merta.
 

5. Tukar wiper sekiranya terdapat tanda-tanda ini

Seperti komponen kenderaan yang lain, wiper juga turut akan mengalami kehausan setelah penggunaan biasa, persekitaran yang mampu mempengaruhi struktur kimia pada bilah wiper, serta pencemaran yang berterusan disebabkan oleh habuk, dedaun, dan juga serangga.

Pastikan juga tanda-tanda yang terdapat pada permukaan cermin seperti jaluran air, sapuan yang tidak sekata, serta bunyi bising yang terhasil ketika penggunaan wiper.

Sekiranya terdapat tanda yang disebutkan, ini bermakna wiper anda perlu digantikan.

Set wiper dari Bosch boleh dibeli menerusi aplikasi dalam talian Shopee atau layari sahaja pautan: https://shopee.com.my/boschautoparts.os
 

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…