Tips membeli kenderaan recond

oleh Careta.my|
Kenderaan recond, atau singkatan dari "reconditioned vehicle" ialah antara pilihan popular sebagai salah satu pilihan belian kenderaan. Kenderaan recond ini banyaknya di bawa masuk dari dua negara, United Kingdom dan Jepun kerana kedua-duanya ialah negara panduan sebelah kanan dan spesifikasi serta homologasi kenderaan mereka tidak jauh beza dari Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

px2

 

Kenderaan yang dibawa masuk secara purata berusia lima tahun dan paling minimum, setahun (kerajaan tidak membenarkan kenderaan yang berusia kurang dari setahun di bawa masuk demi untuk menjaga pelaburan yang dilakukan oleh pengedar rasmi kenderaan).

Careta berpeluang menerima satu artikel ringkas dari Faiz Ayob dari Johor Bahru yang berpengalaman dalam selok belok jual-beli kenderaan recond kerana beliau sendiri bekerja dengan salah satu syarikat penjual kenderaan recond yang paling terkenal di Malaysia.

Boleh dirumuskan bahawa artikel beliau lebih ke arah tips atau panduan untuk membeli kenderaan recond kerana menurut Faiz, ramai yang masih kurang faham akan proses yang wujud dalam pembelian kenderaan import terpakai itu dan oleh kerana industri recond ini kurang regulasi dari kerajaan, maka banyak isu salah faham yang terjadi.

whatsapp-image-2016-11-14-at-10-14-47-pm

 

Di bawah ialah tips-tips membeli kenderaan recond dari Faiz yang sudah lama berkecimpung di dalam industri itu.

1. Buat kajian kenderaan

Buka internet dan buat sedikit kajian mengenai jenama dan model yang anda idamkan. Anda juga boleh bertanya kepada Careta (anda boleh PM kami di Facebook Careta - caretadotmy). Ini ialah supaya anda tahu apa yang anda mahukan dan tidak tertipu dengan spesifikasi. Anda juga boleh mengukur pengetahuan jurujual mengenai kenderaan tersebut.

 

2. Buat kajian harga

Ini sangat penting. Anda boleh mendapat harga pasaran kenderaan tersebut dari laman-laman web seperti Motor Trader, Mudah atau Oto.my sebelum anda melakukan tinjauan ke pengedar-pengedar kenderaan recond. Ini juga membantu mengelakkan anda dari ditipu.

2237-1

Antara sebab anda perlu mencari pengedar yang terkenal ialah ada sindiket yang menjual kenderaan yang sudah mengalami kemalangan teruk. Ia dibawa masuk sebagai "besi buruk" dan menggunakan AP palsu.   

 

3. Pilih pengedar yang terkenal

Pilih pengedar kenderaan recond yang dipercayai sebagai pilihan utama dan yang kurang terkenal sebagai pilihan kedua.

Jika ada tawaran yang baik dari pengedar yang kurang terkenal, tanya kepada pihak bank mengenai status AP syarikat tersebut.

Pihak bank selalunya tahu siapa yang mempunyai rekod AP yang baik kerana tanpa surat AP, anda tidak boleh membeli kenderaan tersebut atau ia akan mengambil proses yang lama untuk membelinya dan kemudian, menjualnya semula nanti.

 

4. Dapatkan informasi alatan aksesori

Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat dari jurujual mengenai alatan dan aksesori yang ada pada kenderaan itu.

Ingat, ini ialah kenderaan terpakai dan spesifikasinya berbeza dari satu unit ke unit yang lain.

 

5. Periksa keadaan kenderaan

Periksa kenderaan itu dan setiap aksesori untuk kita pastikan ia berfungsi.

Contohnya, periksa tingkap berkuasa atau pintu sisi berkuasa (power side door) dan jika ia tidak berfungsi, minta jurujual keluarkan surat menyatakan mereka akan membaiki kerosakan tersebut.

Jangan berjanji mulut sahaja.

Industri recond sebenarnya besar dan Malaysia adalah antara pelupur dan kita sering mendapat kenderaan yang terbaik.

Industri recond sebenarnya besar dan Malaysia adalah antara pelupur dan kita sering mendapat kenderaan yang terbaik. Gambar hiasan - bukan dari dalam negara   

 

6. Pandu uji

Pandu uji kenderaan tersebut jika dibenarkan. Selalunya, kenderaan tersebut masih belum dibayar cukai, jadi pandu uji itu diadakan di dalam premis kedai tersebut. Sekiranya kawasan premis itu terlalu kecil, minta penyelesaian.

 

7. Upah mekanik

Upah seorang rakan atau mekanik untuk memeriksa kenderaan tersebut. Jika anda kerosakan, minta dibaiki dan pastikan persetujuan itu dibuat secara bertulis. Ingat, upah rakan atau mekanik - masa mereka itu duit ya.

 

8. Ambil gambar

Jika anda sudah pasti unit yang anda akan beli, ambil gambar kenderaan tersebut dari pelbagai sudut dan juga bahagian kabin.

Ini supaya anda boleh bandingkan kenderaan itu selepas ia dibaiki oleh pengedar. Sebenarnya, kenderaan yang dipamerkan sepatutnya dalam keadaan asli dari negara asal kerana pengedar hanya akan membaiki kenderaan itu selepas pembelian diluluskan.

Ambil gambar kenderaan yang anda pilih.

Bilik pameran pengedar juga merupakan petanda samada ia sebuah pengedar yang popular dan boleh dipercayai. Biar mahal sedikit tetapi dokumen lengkap dan mudah dijual semula kenderaan itu nanti.   

 

9. Tawar harga

Setiap jurujual mempunyai ruang untuk menawar harga dalam lingkungan RM5,000 ke RM10,000.

Dari kajian harga anda, minta harga yang berpatutan. Jangan terlalu menekan jurujual kerana mereka juga perlu mencari nafkah.

 

10. Tunggu dulu

Jangan terus letak tanda tangan anda di borang persetujuan membeli. Pergi lawati pengedar-pengedar lain dan buat perbandingan harga dan kenderaan.

 

11. Salinan AP

Setelah anda lakukan perbandingan dan anda sudah pastikan kenderaan itu, minta salinan AP dalam bentuk fotokopi atau gambar, nombor telefon jurujual dan pejabat pengedar dan minta sehari dua untuk membuat keputusan.

 

12. Periksa dengan bank

Bawa salinan AP itu ke bank yang anda mahu gunakan untuk membuat pinjaman dan minta mereka periksa kesahihan AP itu.

AP ialah permit mengimport masuk dan ia datang dalam jumlah yang terhad. Tanpa AP yang sah, kenderaan itu tidak boleh dibeli atau dijual. Ada banyak kes di mana kenderaan yang tidak dapat dijual semula selepas beberapa tahun kerana borang AP yang tidak sah.

 

13. Kaji kadar faedah

Setelah salinan AP itu disahkan, buat pula perbandingan kadar faedah dari satu bank ke bank lain.

Kadar faedah bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, komitmen kewangan anda, jumlah pendapatan anda dan rekod pembayaran pinjaman lain anda.

Selalunya, pengedar kenderaan recond akan mencadangkan bank yang memberikan mereka faedah terendah.

 

14. Minta resit rasmi

Setelah semuanya okay, anda boleh membuat bayaran Yuran Tempahan.

Pastikan anda mendapat resit rasmi syarikat dengan jumlah pembayaran, nombor casis kereta, model dan varian kereta, warna dan chop syarikat pengedar tersebut tertera di atas resit.

Jika ada kerja pembaikan perlu dijalankan, pastikan ia ada tertulis di situ.

 

Periksa dokumen dengan teliti. Lebiih baik jika dibawa seorang kawan atau isteri/suami/teman lelaki/wanita untuk bantu periksa dokuman. Periksa dokumen dengan teliti. Lebiih baik jika dibawa seorang kawan atau isteri/suami/teman lelaki/wanita untuk bantu periksa dokumen. 

 

15. Jaminan bayaran balik

Pastikan resit Yuran Tempahan itu turut tertulis jaminan wang akan dikembalikan sekiranya ada isu berbangkit seperti pinjaman tidak diluluskan dan sebagainya.

Pihak pengedar berhak mengenakan caj maksimum sebanyak 10 peratus dari jumlah Yuran Tempahan atas alasan bayaran kepada kos pengurusan.

 

16. Sediakan dokumen

Sediakan dokumen yang secukupnya bagi memudahkan pihak bank memproses permohonan anda.

Pastikan segala dokumen yang anda berikan telah dipalang dengan nama pengedar itu dan untuk tujuan apa.

Contohnya HZ Auto Sdn Bhd Porsche 911 GT3.

 

17. Bila pinjaman lulus

Jika pinjaman telah diluluskan, bersyukur kepada Tuhan.

Kemudian, minta satu salinan Letter of Undertaking (LOU) dari pihak bank sebagai rujukan anda.

Pastikan anda meneliti butiran Perjanjian Pinjaman (Loan Agreement) seperti kadar faedah, jumlah pinjaman, tarikh pembayaran bulanan dan terma dan syarat.

 

18. Perlindungan tambahan pinjaman

Amat digalakkan ntuk anda mengambil insurans perlindungan tambahan seperti Autolife sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.

Pihak bank boleh terangkan akan skim ini dan ia sangat berfaedah.

 

19. Teliti Full Quotation

Pastikan kenderaan itu benar-benar yang anda telah pilih sebelumnya sebelum membuat bayaran penuh duit muka.

Teliti Full Quotation dari pihak pengedar sebelum membuat bayaran dan pastikan setiap pembayaran mendapat bukti bertulis dari syarikat itu sendiri (jangan terima resit peribadi).

 

kereta-rosak-ka

Insuran perlindungan alatganti memberikan anda ketenangan hati, minda dan poket. Sangat penting, terutama untuk kenderaan Eropah.[/caption]  

 

20. Perlindungan Alatganti

Sekiranya ada, ambil sekali pakej Perlindungan Tambahan Alatganti dari pengedar. Ia sangat berguna sekiranya ada masalah teknikal atau mekanikal dengan kenderaan tersebut.

Sekurang-kurangnya, komponen besar seperti transmisi dan enjin dilindungi.

 

21. Tunggu

Biasanya, pengedar akan mengambil masa seminggu dua untuk memproses kenderaan anda. Ini termasuk urusan touch-up luar dan dalam, semakan Puspakom, urusan perbankan, urusan JPJ dan kastam serta urusan syarikat.

 

22. Siap!

Setelah semuanya siap, jurujual akan menghubungi anda untuk mengambil kenderaan anda. Pastinya anda akan melompat kegirangan, tetapi lakukan lompatan anda di rumah.

Selepas puas bergembira, pergi ke lokasi pengedar dengan hati yang tenang. Periksa kenderaan tersebut dan pastikan apa yang perlu dibaiki telah dibaiki. Periksa semua butiran dalam dokumen sebelum anda menanda-tangan bukti penerimaan kenderaan.

 

23. Dokumen wajib

Pastikan anda menerima dokumen-dokumen rasmi ini.

  • Salinan lengkap AP
  • Salinan sijil import
  • Salinan geran
  • Salinan cukai jalan
  • Salinan Cover Note insurans
  • Salinan laporan Puspakom B6 dan B7
  • Invois
  • Penyata perlindungan alatganti tambahan dan perlindungan pinjaman (jika ada)
  • Kunci pendua

Dan rakan Careta Encik Taz Lan turut menambah sedikit informasi lagi.

Untuk kenderaan recond dari Jepun, gunalah laman sesawang di bawah untuk mendapat informasi tentang kenderaan tersebut secara percuma. http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php

Untuk kenderaan dari UK pula, boleh menggunakan laman-laman web yang menyediakan khidmat informasi kenderaan (MOT) secara berbayar. Selamat membeli!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam…
Berita Domestik
Menurut Aliff, 34, Pengarah Urusan Ifcon Technology dan juga bekas pelajar MRSM Batu Pahat, Scrut…
Berita Domestik
Manakan tidaknya, kereta nampak cantik sahaja di luar, hakikatnya kondisi kereta tersebut…