Tips membeli - fungsi yang perlu ada pada dashcam

oleh HEZERI SAMSURI|
Dashcam atau dashboard camera atau kamera papan pemuka nampaknya sudah menjadi satu perkara yang mesti ada kerana semakin ramai munafik berada di atas jalanraya ini.

Kes-kes di mana pemandu tidak mengaku melanggar lampu merah atau menuduh pemandu lain yang bersalah sudah semakin kerap.

Ini ditambah dengan masalah ketiadaan kamera CCTV di lampu isyarat dan juga saksi-saksi yang tidak mahu tampil membantu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerana itu, Careta sangat sarankan pemasangan dashcam pada kenderaan anda.

Namun begitu, ada longgokan produk yang sama di dalam pasaran. Buka sahaja Lazada contohnya dan ada ratusan pilihan. Bila dibaca informasi produk, semuanya mengaku ia adalah produk yang terbaik di dunia dan di galaksi bersebelahan kita.

Di sini Careta menyenaraikan fungsi-fungsi dan spesifikasi yang perlu ada (atau yang baik ada) untuk sebuah dashcam sekarang.

 

 

Resolusi Video

  • Resolusi video ini sangat penting. 
  • Pastikan ia mempunyai resolusi minumum HD 720p kerana jika lebih rendah, anda akan mempunyai masalah untuk membaca nombor plet kereta, jenis kenderaan atau muka pemandu wanita yang comel itu.
  • Dashcam dengan resolusi HD 1080p dan 2K memang ada tetapi fail video terlalu besar dan memakan memori. 

Kapasiti simpanan memori

  • Ini penting ketika anda hendak membeli kad microSD untuk dashcam anda.
  • Contohnya, satu jam video HD 720p memerlukan ruang memori antara 1GB ke 2GB.
  • Untuk satu jam video HD 1080p, anda perlukan 6GB ke atas.
  • Jangan beli microSD dengan memori yang terlalu rendah. Paling minimum yang disyorkan ialah 64GB.
  • Jika anda membeli dashcam yang terlalu murah, pastikan kad memori anda dari jenama yang boleh dipercayai. Jika tidak, kad memori murahan mempunyai kebarangkalian fail video anda rosak (corrupted file).

 

 

Night Vision

  • Kecuali anda bercadang untuk memandu di siang hari sahaja, pastikan dashcam anda mempunyai fungsi Night Vision.
  • Dashcam yang mahal selalunya mempunyai fungsi Night Vision yang lebih baik dan kurang Noise (bintik-bintik bila keadaan gelap).

Sistem suis On/Off automatik

  • Dashcam untuk kereta memang sepatutnya mempunyai fungsi sui on/off automatik.
  • Ini bermakna bila kereta dimatikan enjin dankunci ditarik keluar, kamera akan ditutup.
  • Bila enjin dihidupkan, kamera berfungsi kembali.
  • Ada dashcam yang tidak mempunyai fungsi ini. 

 

 

Saiz dashcam

  • Ada dashcam yang mempunyai saiz sebesar telefon pintar anda.
  • Ini tidak perlu kerana ia menghalang pemandangan anda sebagai pemandu.
  • Dashcam terbaik perlu kecil dan boleh dipasang di kawasan yang tidak menggangu pemandu.
  • Jika anda jenis pemandu yang suka bermain-main dengan setting dashcam ketika memandu, sila berhentikan kereta anda dan beli kamera video digital sebenar dan pergi shoot video kenduri kahwin.

Mod "loop recording"

  • Dashcam perlu ada fungsi Loop-Recording.
  • Ia bermaksud bila kad memori sudah penuh, ia akan merakamkan video di atas video yang paling awal.
  • Pusingan rakaman ini penting dan jika kad memori cukup besar, ia mampu menyimpan rakaman yang lebih rama sebelum dipadamkan.
  • Jika ada dashcam yang dijual tanpa fungsi ini, sila beritahu penjual itu untuk simpan produk beliau di dalam arkib negara.

 

 

Pengesan hentakan (Impact Sensor)

  • Ada dashcam yang mempunyai fungsi canggih ini.
  • Bila ada impak perlanggaran, kamera akan menyimpan rakaman video beberapa minit sebelum pelanggaran ke dalam fail yang berasingan.
  • Ini memudahkan anda untuk memuat turun video yang berkaitan sahaja.
  • Ia juga boleh dihidupkan secara automatik walaupun bila enjin dimatikan.
  • Ini berguna bila kenderaan anda dilanggar bila anda tinggalkan ia di tepi jalan untuk membeli nasi bungkus dari pintu belakang kedai sewaktu ramadhan.

Pengesan lokasi GPS

  • Fungsi GPS ini membolehkan anda tahu lokasi kejadian.
  • Selain dari itu, ia juga mampu merekodkan kelajuan kenderaan dan untuk si isteri, anda boleh mengesan di mana suami anda pergi malam tadi.

 

 

Unit tambahan di belakang

  • Dashcam yang mahal mempunyai fungsi kamera di belakang.
  • Ini bermakna ia mampu merakam kejadian di belakang kereta.
  • Fungsi ini bagus kerana jumlah kemalangan yang berlaku dari belakang juga tinggi.

Pemegang dashcam

  • Kebanyakan dashcam akan datang dengan pemegangnya.
  • Dashcam yang terlalu murah akan datang dengan pemegang yang terjatuh setiap hari.
  • Jika ini masalah anda, cari pemegang GoPro kerana ia melekat kuat pada cermin kenderaan anda.

 

 

Dashcam yang nampak "biasa"

  • Jangan gunakan dashcam yang nampak mahal.
  • Contohnya, GoPro memang boleh dijadikan dashcam tetapi harganya yang mahal akan membuatkan ia menjadi daya tarikan pencuri.
  • Kes dashcam dicuri banyak kali berlaku.
  • Jika dashcam anda dari jenis yang mahal, sorokkan ia di bahagian atas cermin.

Fungsi WiFi

  • Anda dashcam yang hadir dengan fungsi Wifi.
  • Ini memudahkan anda untuk memuat turun video ke dalam telefon pintar anda.
  • Sekiranya anda memang jenis yang suka berkongsi video perjalanan anda ke media sosial, fungsi ini bagus.
  • Jika tidak, fungsi WiFi ini tidak begitu penting.

 


Waranti

  • Pastikan ia datang dengan waranti lengkap.
  • Pastikan juga ia datang dengan buku manual agar anda tahu cara operasi dan cara penggunaan fungsinya.
  • Ada yang membeli jenis yang canggih tetapi cuma guna fungsi biasa sahaja. Ia ibarat membeli sebuah banglow tetapi cuma menggunakan ruang tamu dan tandas sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…