Tips: 11 barang wajib yang perlu ada sebelum pulang ke kampung halaman

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rasanya esok akan bermula penghijrahan warga kota untuk balik ke kampung masing-masing.

Nasihat Careta, ikuti jadual perjalanan yang dicadangkan oleh PLUS dan LPT agar kesesakan boleh diredakan atau dengan cara yang mudah, layari laman Twitter untuk kemas kini trafik masa nyata. 

Sebelum itu, kami di Careta mahu berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu agar perjalanan balik ke kampung lebih selesa dan selamat.

Ini ialah senarai 11 benda yang anda perlu ada di dalam kenderaan anda semasa hari raya ini.

 


1. Pengecas telefon - sangat perlu, terutama bila kita sentiasa gunakan Waze. Kalau boleh, beli pengecas 12V dan kabel yang berkualiti agar tahan lama.

2. Sebotol air masak 1.5 liter  di dalam boot - untuk digunakan semasa kecemasan

3. Kain lap - pastikan sekurang-kurangnya ada dua helai. Boleh digunakan untuk lap tumpahan makanan atau semasa kecemasan (balutan luka, kain anduh dan sebagainya). Tisu basah juga membantu.
 


4. Kit pertolongan kecemasan - tak perlu yang canggih - ubat luka, bandage dan pelekat luka seperti Handiplast memadai.

5. Beg plastik - senang nak bungkus bekal hari raya, dan kalau ada yang nak muntah, ia boleh digunakan.

6. Dulang barang (cargo tray) - senang nak pastikan barang basah tak tertumpah ke karpet boot

7. Lampu suluh - penting, terutama yang suka berjalan malam. Pastikan bateri ada!
 


8. Tool-kit - pastikan took kit ada (spanner, screwdriver, plier, pisau), alat jack kereta boleh diguna-pakai kalau pancit, jumper cable untuk kereta automatik dan alat pemadam api.

Tidaklah terlalu lengkap macam bengkel kereta, sekurang-kurangnya memadai untuk operasi-operasi asas di dalam kecemasan. 

 


9. Beg pakaian lembut - untuk jimatkan ruang, jangan pakai beg keras (hard luggage). Guna beg pakaian lembut (soft luggage) agar boleh jimatkan ruang.

 

10. Pita pelekat atau Gaffer Tape atau Duct Tape - sangat berguna dalam kecemasan, seperti menutup hos yang bocor, melekatkan bumper yang tercabut dan sebagainya
 


11. Senarai nombor telefon kecemasan - operator lebuhraya, nombor hotline insurans kereta, nombor mekanik dan dalam telefon, simpan nama ibu dan isteri sebagai nama ISTERI, IBU, AYAH agar dalam kecemasan, mudah untuk dihubungi (pastikan jangan di "kunci" henfon pula).

Dan jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan! Selamat memandu dan selamat sampai ke kampung halaman.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…