Tip pemanduan: Amalkan peraturan dua saat untuk pemanduan selamat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Semasa musim perayaan adalah satu kelaziman jumlah kenderaan di lebuh raya mempunyai peningkatan yang tinggi. 

Senario tersebut juga turut meningkatkan risiko kemalangan. Untuk itu pakar pemanduan selalu berpesan agar menggunakan peraturan dua saat.

Apakah yang dimaksudkan dengan peraturan dua saat?

Menurut GEM Motoring Assist, sebuah persatuan keselamatan jalan raya dan pakar perlindungan kerosakan kenderaan di United Kingdom, peraturan tersebut memastikan pemandu berada dalam jarak selamat di antara kenderaan di hadapan dan mengurangkan risiko daripada melanggarnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
GEM Motoring Assist

 

Neil Worth, Pegawai Keselamatan Jalan Raya GEM berkata, "Lebuh raya biasanya adalah laluan paling laju yang kita gunakan dan berdasarkan statistik ianya juga paling selamat dan terdapat kurang pelanggaran berbanding jenis jalan raya lain.

"Walaubagaimanapun, kelajuan tinggi di lebuh raya turut bermakna apabila berlakunya kemalangan ia berlaku dalam keadaan lebih serius. Disebabkan itu secara purata sekitar satu daripada 50 kemalangan di lebuh raya berakhir dengan kehilangan nyawa berbanding satu daripada 70 di atas jalan raya lain¹.

Berikut adalah risiko paling tinggi dan jenis situasi apabila memandu di lebuh raya:

  • Apabila terdapat masa dan ruang yang tidak mencukupi di antara kenderaan yang bergerak pada kelajuan tinggi.
  • Apabila pemandu tidak fokus - sering menggunakan telefon bimbit, menetapkan semula navigasi atau cuba makan dan minum sambil memegang stereng.
  • Akibat disiplin pemanduan yang lemah - sebagai contoh, memandu di lorong tengah apabila lorong sebelah kiri kosong atau menukar lorong tanpa memerhatikan keadaan sekitar atau tidak menggunakan lampu isyarat dengan betul.

 

GEM Motoring Assist

 

  • Apabila lalu lintas sibuk dan kelajuan lebuhraya sentiasa berbeza-beza di mana sebahagian besarnya disebabkan oleh kekecewaan yang dialami oleh sesetengah pemandu.
  • Apabila lalu lintas kurang sibuk dan tiada atau ada sedikit perkara yang boleh menarik perhatian pemandu dalam perjalanan yang panjang. Pada masa ini, tahap kewaspadaan boleh menurun dan tumpuan boleh berkurang dan mudah untuk kurang sedar tentang bahaya.
  • Pada persimpangan dan apabila kenderaan dipandu keluar atau memasuki lebuhraya kerap terjadi pemandu membuat keputusan yang lambat dan akhirnya terus merentasi (pancung) laluan lalu lintas bagi memenuhi hasratnya. Lebuh raya atau jalan di bandar yang sibuk mempunyai risiko tinggi kerana terdapat beberapa persimpangan dalam sela jarak yang pendek.

Tambah Neil Worth, "Dengan mengenalpasti risiko ini, anda mengambil langkah besar bagi menjadikan perjalanan di lebuh raya lebih selamat. "

 

GEM Motoring Assist

 

Berikut ialah 10 tip pemanduan yang dikompilasikan oleh GEM untuk pemanduan di lebuh raya dengan selamat:

  • Rancang perjalanan supaya anda tahu bila untuk memasuki dan keluar dari lebuh raya. Dengan itu anda akan kurang 'terperanjat' sewaktu memilih lorong yang betul semasa di persimpangan dan susur keluar atau masuk.
  • Pilih kelajuan yang selamat dan guna lajur sebelah kiri kecuali hendak memotong.
  • Periksa jarak dengan kenderaan hadapan menggunakan peraturan dua saat. Perhatikan kenderaan di hadapan dalam melepasi objek seperti papan tanda, tiang atau apa-apa yang boleh menjadi rujukan. Kemudian bisik pada diri sendiri, "Hanya orang yang kurang cerdik langgar peraturan dua saat". Jika anda melepasi objek yang sama dengan kenderaan hadapan sebelum sempat menghabiskan bisikan tersebut, itu bermakna anda mengekori kenderaan hadapan dalam jarak yang terlampu dekat.
  • Gandakan jarak kenderaan anda apabila dalam cuaca basah atau hujan.
  • Pandang jauh ke hadapan supaya anda dapat mengesan lebih awal sebarang risiko yang wujud.
  • Sentiasa periksa cermin pandang belakang atau sisi. Jika anda mengesan kenderaan yang menghampiri dengan cepat, ambil langkah untuk mengalah dan beri laluan.

 

GEM Motoring Assist

 

  • Sebelum menukar lorong, periksa cermin dan titik buta (kawasan yang anda kurang nampak) dan zahirkan niat (guna lampu isyarat) anda untuk memandu sama ada ke kiri atau kanan. Hanya mula menukar lorong apabila anda tahu ia boleh dilakukan dengan selamat.
  • Elakkan apa-apa gangguan. Pandu tanpa telefon bimbit, tidak melaras radio atau navigasi dan tidak makan atau minum. Beri 100 peratus perhatian anda kepada pemanduan.
  • Jangan cuba-cuba berhenti di lorong paling kanan atau di kawasan sempadan di antara laluan bertentangan kecuali dalam keadaan kecemasan atau apabila diberitahu oleh polis atau pegawai trafik.
  • Sekiranya anda bakal terlepas susur keluar, jangan memandai menukar lorong pada saat akhir. Teruskan ke persimpangan seterusnya dan patah balik, ikut arahan navigasi yang telah dipeta semula.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

GEM Motoring Assist

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Salah satu daripadanya merupakan Program Hari Bersama Pelanggan Go the Extra Mile (GEM) yang telah…
Berita Global
Skrol muzik pun tak boleh     Undang-undang yang diperkemaskan di UK melarang pemandu…
Informasi
  Kita pergi kepada asas dahulu iaitu apa yang menyebabkan pemanduan jadi merbahaya apabila hujan…