Tinted gelap RM5,000 - ini dia nak pau la ni! Tst tst tst ....

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhirnya Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan undang-undang terbaharu yang lebih lengkap dan lebih telus untuk semua.

Menurut menterinya Anthony Loke, kaedah kali ini yang akan bermula pada 8 Mei 2019 lebih bebas dan lebih adil. 

Saya setuju dengan cakap beliau. Syabas tuan Menteri.

Anthony ini saya nampak lebih proaktif dan lebih "straight forward". Hendak buat Press Conference pun, dia buat di tepi tempat parkir kenderaan beliau. Cepat, ringkas dan paling penting - jimat.

 

 

 

Undang-undang cermin gelap ini sebenarnya nampak remeh tetapi ada banyak perkara yang perlu diimbangkan oleh pihak Kementerian. 

Antara faktor penting ialah ia tidak boleh membebankan pengguna, ia mengurangkan kadar rasuah dan untuk mereka yang perlukan cermin gelap untuk seluruh kenderaan mereka, perlu ada proses yang telus.

Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan ialah apa yang diminta oleh orang ramai - dibenarkan untuk menggelapkan cermin penumpang belakang dan cermin belakang sekali sementara cermin pemandu, cermin penumpang hadapan dan cermin hadapan (windscreen) masih kekal menurut undang-undang semasa.

Oh dan itu hanya untuk kenderaan persendirian. Bagi kenderaan milik syarikat, perlu ikut peraturan terdahulu.

 

 

Ini disambut dengan baik oleh pemilik-pemilik MPV dan SUV kerana tanpa tutup but, barangan mereka terdedah kepada pemandangan luar. Dengan cermin gelap, mereka boleh "sorokkan" barang-barang berharga mereka.

Penumpang juga lebih selesa bila cermin boleh digelapkan. Jepun sudah lama menggunakan undang-undang ini dan akhirnya, Malaysia menerimanya juga.

Namun begitu, ada juga yang nampaknya terlupa mereka berpuasa - terus menuduh mengatakan kerajaan hendak mengaut wang fi RM5,000.

Sabar dulu bang, buat tabiat membaca tajuk. Jadilah insan yang lebih bijak dan baca laporan penuh kerana mustahil kesemuanya boleh dimuatkan dalam satu ayat!

 

 

Anthony Loke berkata, sesiapa yang mahukan kesemua cermin kenderaan mereka gelap, mereka boleh berbuat begitu.

Jika anda mahu memohon penggunaan cermin gelap untuk kesemua cermin kenderaan anda atas faktor keselamatan, anda boleh memohon di JPJ dengan bayaran fi RM50. Jika lulus, anda perlu membayar fi sebanyak RM5,000 untuk setiap dua tahun.

Jika anda mahu menggunakan cermin gelap atas faktor faktor kesihatan, anda perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Kementerian Kesihatan (doktor pakar dari hospital kerajaan) dan anda tidak akan dikenakan sebarang fi langsung.

 

 

Tidak ada sebab untuk kita marah dengan caj bayaran RM5,000 kerana ia hanya dibayar oleh mereka yang perlukan cermin gelap atas faktor keselamatan. 

Mereka ini ialah dari kalangan hartawan yang takut diculik, atau yang berkepentingan dan mereka lebih dari mampu untuk membayar fi sebanyak RM5,000 - bukan rakyat marhaen.

Adalah lebih baik jika pihak kementerian mendapat dana dari fungsi ini kerana wang itu boleh digunakan kembali untuk menampung perbelanjaan kementerian. Dengan cara itu juga, duit cukai yang dibayar oleh rakyat boleh dimanfaaatkan untuk tujuan lain yang lebih afdal kepada rakyat.

 

 

Di dalam bulan yang mulia ini, mungkin kita sudah boleh mula menanam sikap rajin membaca selain dari tajuk sahaja agar kita tidak "berang" atas benda yang tidak benar. Paling teruk, kita sebarkan fitnah kepada yang lain.

Diharapkan agar undang-undang ini juga kekal, cuma satu sahaja kemusykilan yang dicetuskan oleh rakan saya Hans Cheong dari Carlist.my.

Katanya,  "Cermin belakang tu, kalau dibenarkan tinted 100 peratus, sudah jadi seperti dinding. Tak telus cahaya langsung! Boleh jadi panel van!"

Hmmm... mungkin Anthony Loke perlu lihat balik ke isu tersebut.

Selamat menunaikan ibadat puasa! 


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
Menerusi kajian Miros berjudul "A Study on Automotive Tint Glazing in Malaysia", cermin kereta yang…
Berita Domestik
Di dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebentar tadi,…
Berita Domestik
  Nampaknya isu cermin gelap masih belum berakhir walaupun pihak JPJ sudah pun mengumumkan polisi…