Tingkatkan kemampuan anda untuk mengendali sebuah Porsche

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda baru memiliki sebuah kereta jenama Porsche, kemungkinan besar anda tidak akan berupaya mengendalinya seperti kereta biasa yang lain.

PDE1

Anda pasti mahu memandu kereta Porsche anda seperti seorang juara lumba. Tetapi, untuk mengendali sebuah Porsche, anda harus memiliki pengetahuan dan latihan yang spesifik kerana Porsche bukan sebarang kereta biasa.

Oleh sebab ini, Porsche Asia Pacific baru-baru ini telah mengumumkan kursus pengendalian khas bagi pemilik-pemilik Porsche yang mahu menguasai cara pengendalian Porsche mereka.

PDE2

Terbuka pada semua pemilik Porsche samada di Malaysia atau Singapura, Porsche Driving Experience yang dijalankan di litar antarabangsa Sepang, akan melalui 7 latihan-latihan khusus seperti Warm-up, Precision, Performance, Master, Race Track Experience, Porsche World Roadshow dan Co-pilot, semuanya direka bagi memastikan anda akan berupaya mengendali Porsche anda dengan mudah, seolah-olah anda pernah berlumba.

PDE3

Anda akan dilatih untuk mengenali sistem-sistem elektronik yang terdapat pada kereta Porsche dan juga merasakan bagaimana sesuatu teknik pengendalian akan mempengaruhi pergerakan dinamik kenderaan anda.

PDE4

Anda akan mengikuti latihan dalam kumpulan-kumpulan kecil bagi memastikan perhatian dan pemahaman menjadi lebih berkesan. Terdapat juga peluang untuk meneruskan latihan sehingga anda bersedia untuk mengikuti kursus untuk menjadi pelumba.

PDE5

Porsche Driving Experience ini akan menggunakan model-model Porsche dari siri 718 hingga 911, Macan, Cayenne dan Panamera terbaharu. Model-model terbaik juga, seperti 911 Turbo S, Cayenne Turbo S dan Panamera Turbo.

PDE6

Kursus Co-pilot bermula dari RM750 manakala kursus Warm-up dari RM7,500. Sesiapa yang berminat boleh pergi ke www.porsche.com/driving-experience-asia-pacific untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dianggap sebagai versi murah 911 R - suatu model kegemaran peminat 911 terkini - dan mengambil…