Tinggalkan Renault, Nissan mahu pinang Honda?

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan pergolakan yang berlaku di dalam Nissan, seorang penganalisa berpendapat gabungan antara pengeluar tersebut dengan Honda Motor Co mungkin tidak sesuai, akan tetapi kemungkinan tersebut tidak mustahil untuk berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, penganalisa LighStream Research, Mio Kato berpendapat, gabungan Nissan-Honda bakal memberikan saingan yang lebih sengit kepada Toyota Motor Corp yang kini menaungi beberapa jenama Jepun lain seperti Mazda Motor Corp, Suzuki Motor Corp dan Subaru Corp

"Honda tidak pernah terlibat dalam proses gabungan (mergers & acquisitions) yang lebih agresif, akan tetapi melihat kepada saingan yang semakin sengit daripada Toyota, dan Nissan yang terdesak mahu menggantikan Renault, pilihan yang ada (Honda) tidak seharusnya menjadi masalah.

"Honda juga mungkin tidak akan menolak sepenuhnya kemungkinan tersebut," ujarnya lagi.
 


Dalam satu laporan, Nissan menafikan dakwaan mahu berpisah daripada pakatan Renault-Nissan berhubung kes bekas pengerusinya Carlos Ghosn yang berjaya melarikan diri dari pihak berkuasa Jepun. 

Malah, Nissan turut menegaskan bahawa "Renault merupakan sumber kekuatan kami".

Wakil daripada Nissan menolak untuk memberikan respon kepada SmartKarma, manakala wakil Honda pula tidak dapat dihubungi.

Melihatkan kepada perkembangan semasa, serta langkah drastik Toyota pada ketika ini, Kato turut memberikan bayangan bahawa industri automotif Jepun akan terbahagi kepada dua kumpulan gergasi utama. 
 


Sekiranya Nissan mahu meneruskan langkah menggantikan Renault dengan Honda, ia akan meningkatkan unit produksi tahunan kepada 12 juta berbanding kurang daripada 11 juta setahun sebelum ini.

Ini kerana mengikut data, Honda sebenarnya memproduksikan kenderaan lebih banyak berbanding Renault, ujar Kato lagi. 

Mahukan Nissan menghentikan hubungan rapat mereka dengan Renault dan mula menjalinkan hubungan baru bersama Honda? 

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…
Berita Global
Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mendedahkan imej acah model Colt yang bakal muncul pada tahun…
Berita Domestik
Menerusi pelaburan besar bernilai $25 bilion (RM105 bilion), ketiga-tiga syarikat itu akan…