Tinggal lebih masa, Bentley Bentayga Speed disita Kastam Perlis

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Sebuah kereta mewah, Bentley Bentayga Speed bernilai RM1.5 juta antara dua kenderaan yang disita Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Perlis susulan berada Tanah Semenanjung melebihi had masa 90 hari yang dibenarkan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pengarahnya, Ismail Hashim berkata rampasan dilakukan selepas kedua-dua kenderaan yang didaftarkan di Pulau Bebas Cukai, Langkawi, itu melanggar syarat di bawah butiran 14, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

Berdasarkan butiran 14, kenderaan yang dibeli ke pulau bebas cukai, sama ada di Langkawi atau Labuan, hanya dibenarkan memasuki tanah besar tidak melebihi 90 hari setahun.

“Sekiranya berlaku pelanggaran syarat dibawah butiran 14 ini, kes akan disiasat dibawah seksyen 135(1)(d) kerana memiliki barang tak berkastam, memandangkan terdapat pengecualian duti semasa pengimportan.

“Maksudnya, kenderaan terbabit tidak dikenakan duti ketika masuk ke sini (tanah semenanjung) tetapi jika melebihi tempoh jika terlalu lama kita kena pungut cukai yang terlibat,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam Negeri, di Kangar.

Ujarnya, kenderaan mewah itu milik seorang lelaki berusia 63 tahun, kenderaan kedua iaitu Honda City yang turut disita adalah milik seorang wanita berusia 70 tahun.

“Kes kereta Honda City diperoleh pada 28 Jun lalu di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kangar, manakala kes kedua diperoleh pada 23 Julai di Pangkalan Marin Kastam Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis.

“Cukai yang terlibat bagi kedua-dua kenderaan yang disita itu bernilai RM2.12 juta,” katanya.

Menurut rekod Kastam Perlis, sebanyak 6 kenderaan termasuk Bentley dan Honda yang disita sepanjang tahun ini membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM4.031 juta.

Bagi tahun lalu, sebanyak 16 buah kenderaan disita melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM1.99 juta.

Dalam perkembangan lain, Kastam memberitahu sepanjang tahun ini terdapat 12 kenderaan bernilai RM1.13 juta yang turut disita ekoran Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) yang tamat tempoh.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, perkara itu dikesan kira-kira jam 12 tengah hari…
Berita Domestik
Dalam operasi khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini, pasukan khas yang diketuai…
Berita Domestik
Pengarah Kastam negeri, Mohd Nadzri Ariffin berkata serbuan serentak dilakukan hasil maklumat dan…