Tinggal kenangan - Tiada lagi pesawat A380 Malaysia Airlines

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines menghantar semula pesawat Airbus, A380 miliknya ke tempat simpanan jangka masa panjang di Tarbes, Perancis.


Berdasarkan laporan Avian Source, pesawat pertama yang dihantar ke Tarbes mendarat pada 3.12 petang waktu tempatan (Perancis).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Untuk makluman, Malaysia Airlines menerima pesawat pertama A380 pada Oktober 2012.

 

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia Airlines akan memulangkan semua enam pesawat A380 miliknya kepada Airbus yang mana ia adalah sebahagian daripada perjanjian pembelian 20 pesawat A330-9000 neo pada Ogos lalu.

 

Terdahulu, syarikat penerbangan itu mengumumkan akan menghentikan operasi kesemua enam pesawat A380 pada akhir tahun.

 

Air France adalah syarikat penerbangan pertama yang mengumumkan penamatan operasi pesawat A380 pada 2020.

 

Syarikat lain yang menghentikan penggunaan pesawat itu adalah Emirates, Etihad, Hi Fly dan Lufthansa.

 

Berkemungkinan besar, pesawat itu akan dilupuskan sekiranya masih belum ada pihak berminat untuk membeli selepas setahun Malaysia Airlines mengeluarkan notis tender menjual.

 

Malaysia Airlines mempunyai enam unit pesawat model itu dan difahamkan, penghantaran pulang dibuat secara berperingkat bermula 14 November.

 

Bagi rakyat negara ini, pesawat dua tingkat yang diberi jolokan nama Dugong Malaysia itu bukan sekadar kapal terbang biasa.

 

Selain penerbangan tanpa henti ke destinasi seperti London, Seoul, Tokyo, Hong Kong dan Australia, A380 juga sudah membawa ribuan jemaah ke Madinah serta Jeddah menunaikan haji dan umrah.

 

Bagaimanapun, terdapat syarikat penerbangan di Asia kembali menggunakan pesawat komersial terbesar dunia itu berikutan peningkatan permintaan.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai…
Berita Domestik
  "Kami sedang berunding dengan pembeli berpotensi. Terdapat pertanyaan dan ia kekal sulit,"…
Berita Global
  Bahan api yang digunakan itu dibekalkan oleh TotalEnergies, sebuah syarikat yang berpangkalan di…