Tindakan jujur pekerja selamatkan Tesla dari serangan siber penggodam Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Macam jalan cerita filem, namun tindakan pantas seorang pekerja Tesla berjaya menyelamatkan syarikat kenderaan elektrik tersebut daripada menjadi mangsa serangan siber penggodam Rusia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Teslarati, seorang warga Rusia, Egor Igorevich Kriuchkov menghubungi salah seorang daripada pekerja Tesla (yang fasih berbahasa Rusia) menerusi aplikasi Whatsapp pada 16 Julai yang lalu, di mana mereka dikatakan pernah berjumpa pada tahun 2016. 

Pekerja yang tidak bernama itu menyatakan dalam perjumpaan awal bulan ini di Lake Tahoe, Kriuchkov dikatakan tidak mahu gambarnya diambil ketika percutian tersebut. 

Namun, selepas percutian tersebut, baharulah Kriuchkov mendedahkan tujuan sebenar mahu mencuri data Tesla daripada kilang di Nevada, yang memerlukan pekerja tersebut memasang perisian malware ke dalam sistem komputer Tesla.
 


Perisian tersebut akan memulakan serangan DDOS (denial of service attack) membolehkan penggodam mendapatkan akses kepada data, sebelum mendedahkannya kepada umum.

Malah, mereka juga turut mengugut Tesla membayar sejumlah wang pampasan bagi mengelakkan data tersebut tersebar luas.

Sebagai balasan, pasukan penggodam tersebut menawarkan ganjaran sebanyak $500,000 (RM2.08 juta) tunai atau dalam bentuk bitcoin, di mana amaun ini dinaikkan kepada $1 juta (RM4.17 juta) tidak lama selepas itu. 

Tidak diketahui oleh Kriuchkov, pekerja jujur Tesla itu segera melaporkan insiden tersebut kepada pihak atasan, di mana Tesla menghubungi pihak FBI untuk mengesan dan memantau komunikasi antara Kriuchkov dan pekerja tersebut. 

Dalam satu penemuan mengejutkan, penggodam tersebut turut mendakwa mereka telah menerima wang pampasan daripada syarikat besar melebihi $4 juta (RM16.7 juta), difahamkan sebuah syarikat pengurusan perniagaan pelancongan CWT Travel berdasarkan laporan media. 

 


Pada 19 Ogos, pekerja Tesla tersebut bertemu kembali dengan Kriuchkov, di mana penggodam tersebut bersetuju untuk membayar wang pendahuluan $11,000 (RM45,820), namun beberapa hari kemudian, suspek memberitahu serangan tersebut ditangguhkan. 

Suspek juga dikatakan memberitahu dia akan ke Los Angeles bagi mengaburi pihak berkuasa beliau cuba untuk meninggalkan negara tersebut, sebelum akhirnya ditahan di sana pada 22 Ogos. 

Dalam satu hantaran di Twitter, CEO Tesla Elon Musk mengesahkan cubaan serangan terhadap Gigafactory di Nevada. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Siasatan awal mendapati gangguan sistem tersebut bukan berpunca daripada serangan siber yang boleh…
Berita Global
  Malah, nombor 64411 itu sendiri pernah digunakan dalam serangan siber di Iran pada Julai 2021…
Berita Global
Menurut laporan yang dipetik daripada BBC News, serangan terhadap jaringan perhubungan syarikat…