Timor-Leste berminat dapatkan Tarantula HMAV 4x4

oleh Mohamad Hanif|
Timor-Leste dilaporkan merancang untuk mendapatkan unit kenderaan berperisai mobiliti tinggi buatan Malaysia, iaitu Tarantula HMAV 4x4 dari Mildef.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, satu kolaborasi antara Mildef dan syarikat tempatan di Timor Leste, Golden Dragon Machineries Unipersonal Lda. untuk memperkenalkan model tersebut, serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan di sana.

Selain itu, kerjasama itu turut menyentuh soal pertukaran teknologi antara dua negara Malaysia dan Timor-Leste.

Tarantula HMAV 4x4 dibangunkan oleh Mildef International Technologies (MIT), dan telah pun menjalani pelbagai ujian penilaian yang disahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia, dan mematuhi standard UN.

Tarantula HMAV 4x4 direka untuk memuatkan sistem persenjataan moden, serta sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh (RCWS) untuk membolehkannya menembak 360 darjah semasa bertempur, selain boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna.

Selain itu, Tarantula HMAV 4x4 direka untuk bertahan di bawah kondisi negara tropika selain direka untuk menawarkan kos penyelenggaraan yang rendah, mesra pengguna, dan mudah untuk dijaga.

Baca: HMAV pertama Malaysia - Tarantula HMAV 4x4

Baca: 16 Fakta HMAV pertama Malaysia

Sumber: Jornal Bisnis Timor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Menteri Kanan…