Tiket 'restoran' A380 Singapore Airlines laku - habis terjual dalam tempoh 30 minit!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan pandemik COVID-19 yang tidak diketahui penghujungnya, syarikat penerbangan terpaksa mencari jalan alternatif demi meraih pendapatan tambahan bagi menampung kos operasi, apatah lagi kebanyakan kapal terbang terpaksa didaratkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat penerbangan negara jiran, Singapore Airlines telah memperkenalkan pakej makan-makan yang bernilai sebuah tiket bajet (S$642 = RM1,953) yang membolehkan para pelanggan menikmati hidangan di dalam pesawat adi jumbo A380.

Sebanyak 900 tempat duduk yang dikhususkan untuk tarikh 24 dan 25 Oktober ini dikatakan habis terjual dalam tempoh setengah jam selepas tempahan dibuka, menurut laporan akhbart tempatan The Straits Times.

Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan, syarikat penerbangan tersebut mengumumkan 'restoran A380' tersebut akan dibuka untuk tambahan dua hari lagi, di mana para pelanggan boleh memilih sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam.

Opsyen yang paling mahal sudah pasti hidangan 'four-course' di dalam kabin kelas pertama, manakala opsyen yang paling murah bernilai S$53 (RM161) di mana anda akan dihidangkan makanan 'kelas ekonomi'.

Sudah pasti, lebih separuh daripada tempat duduk dikosongkan dalam jet dua tingkat tersebut bagi mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, Singapore Airlines turut menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke depan pintu rumah anda.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pesawat penumpang itu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam…
Berita Global
  Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Goh Choon Phong berkata, pesanan itu menekankan kepentingan pasaran…
Informasi
  "Pada masa akan datang, ujian dan vaksin COVID-19 akan menjadi perkara yang penting dalam…