Tiket ETS, KTM perjalanan 1 Januari - 31 Mac dijual hari ini

oleh SALINA JALIL|
Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 Januari hingga 31 Mac depan akan dibuka untuk jualan mulai 10 pagi hari ini.


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan, jualan tiket itu dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina pulang ke kampung dan merancang untuk bercuti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan setiap hari manakala KTM Antarabandar masih mengekalkan 18 perkhidmatan setiap hari. KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan tambahan bagi tren ETS 'Business Class' untuk laluan pergi balik KL Sentral-Butterworth menggunakan jadual waktu baharu.

 

"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda," kata satu kenyataan.

 

KTMB turut menyarankan pengguna membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB.

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…