Sebagai contoh, berdasarkan aplikasi mobil TBS bagi tarikh 29 Mac, sebanyak 45 perjalanan bas ke Kota Bahru, Kelantan ‘sold out’ (habis dijual), manakala Kuala Terengganu (37) dan Kuantan (50).
Bagi negeri Utara, kesemua 41 perjalanan bas ke Kangar, Perlis habis terjual, manakala Alor Setar (72), Butterworth (75) dan Ipoh (46).
Berbeza bagi negeri di Selatan tanah air di mana terdapat masih banyak tiket belum terjual, contohnya bagi bas ke Larkin, Johor masih ada 196 perjalanan, manakala Melaka Sentral pula berbaki sebanyak 77 perjalanan.
- rancang perjalanan anda supaya tiada penyesalan dan sempat beraya di kampung -