Tiga van, lima kereta hangus terbakar depan bengkel

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Lapan kenderaan yang terletak di perkarangan sebuah bengkel terbakar 100 peratus dalam satu kebakaran di Jalan Sungai Jati, di Klang, pagi semalam.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan daripda orang awam yang melihat kejadian itu pada jam 5.45 pagi semalam.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas segera ke lokasi sebaik menerima panggilan dan tiba enam minit kemudian.

 

"Sampai di lokasi, bomba membuat 'size-up' dan mendapati kebakaran membabitkan tiga van dan lima kereta yang diletakkan di hadapan bengkel berkenaan.

 

"Siasatan mendapati, hanya lapan kenderaan berkenaan sahaja terbakar 100 peratus manakala bengkel terbabit langsung tidak terbakar," katanya ketika dihubungi.

 

Hafisham berkata, pasukan mengambil masa satu jam untuk melakukan kerja memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran 'hose reel' dan satu aliran air terbuka sehingga padam sepenuhnya.

 

"Semasa pemilik bengkel tiba di lokasi, api sudah dipadamkan sepenuhnya.

 

"Kereta dan van tiada cermin hadapan dan tepi serta tiada kusyen (tempat duduk) selain tiada bateri seperti dimaklumkan pemilik bengkel. Dia juga memaklumkan tiada tuntutan dibuat terhadap kenderaan itu," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi, mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kebakaran itu jam 6.11 pagi.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Auto Body turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan sehingga empat buah model konsep,…
Berita Global
  Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu  jalan  tetapi…
Berita Global
V70 didatangkan dengan platform serba baharu dan bakal bersaing secara terus dengan Ford Transit…