Tiga tanda O2 sensor kereta anda sudah perlu ditukar

oleh Mohamad Hanif|
O2 Sensor (penderia oksigen) atau nama rasminya Lambda sensor merupakan salah satu komponen kecil di dalam sesebuah kenderaan yang memantau kadar aliran udara menerusi sistem ekzos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia mampu membaca kandungan oksiden, sebelu menghantar data tersebut kembali  ke unit kawalan enjin (ECU) bagi menentukan amaun oksigen yang tepat untuk pembakaran bahan api yang lebih berkesan, selain menyumbang kepada pemanduan yang lebih lancar dan mengurangkan kadar penggunaan bahan api yang berlebihan.

O2 sensor yang rosak mampu untuk memberikan kesan kepada prestasi sesebuah kenderaan, bukan sahaja membazirkan bahan api malah ia juga mampu meningkatkan kadar pelepasan emisi.

Menurut Borsch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), terdapat beberapa petanda yang merujuk kepada komponen penderia O2 yang bermasalah, seperti:

  • Kereta kurang responsif, atau pecutan yang kurang berkuasa.
  • Kereta sukar untuk mengekalkan kelajuan yang sekata, dan mungkin menyebabkan kemalangan sekiranya kereta sukar untuk memecut dalam keadaan yang diperlukan.
  • Penggunaan bahan api yang lebih tinggi, senang cerita kerap ziarah stesen minyak

Penderia O2 yang bermasalah boleh dikesan menerusi simbol lampu amaran enjin yang menyala pada papan pemuka.

Walaupun ia bukanlah kerap kali dikaitkan dengan penderia O2, akan tetapi ia masih lagi memberikan petunjuk terhadap permasalahan yang berlaku di dalam enjin.

 


Bosch AA juga mencadangkan para pemandu supaya menghantar kenderaan untuk membuat pemeriksaan terhadap penderia O2 setiap 30,000 km dan menukarkannya sekiranya ia perlu diganti.

Jika masalah tersebut dibiarkan, ia mampu memberikan kesan kepada penukar bermangkin, salah satu komponen penting di dalam sistem ekzos dan agak mahal sekiranya ia perlu dibaiki atau diganti.

Bosch AA menawarkan dua jenis penderia O2, satu daripadanya merupakan siri Bosch Original yang ditawarkan untuk kenderaan spesifik, dan satu lagi merupakan siri Bosch Universal yang mampu dimuatkan pada apa jua jenis kenderaan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan di bawah:
Bosch Preferred Workshops (https://bit.ly/MYDealers)
Bosch Autoparts Facebook (https://www.facebook.com/BoschAA.MY/)