Tiga tahun produksi, Lamborghini berjaya hasilkan 15,000 unit Urus!

oleh Mohamad Hanif|
Hanya dalam masa tiga tahun, Lamborghini telah berjaya mencatatkan rekod produksi super SUV Lamborghini Urus berjumlah 15,000 unit baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tempoh Januari hingga Jun 2021, Lamborghini telah berjaya memasang kira-kira 2,763 unit Urus, atau peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding separuh pertama tahun 2020.

Malah, Super SUV itu telah berjaya mengalahkan angka jualan supercar Huracan (1,532 unit) dan Aventador (524 unit).

Unit yang ke-15,000 itu siap dipasang pada minggu ini dan dilayangkan dalam warna Grigio Keres Matt, kemasan aksen kontras Verde Scandal serta penampilan warna dua tona Nero Ade/Verde Scandal di bahagian ruang kabin.

Menjelang tempoh pertengahan kitaran, Lamborghini Urus dijangka akan mendapat versi facelift, di mana enjin asal 4.0 liter V8 itu akan ditala semula supaya lebih berkuasa berbanding output sedia ada (641 hp/850 Nm).

Besar kemungkinan Lamborghini Urus juga akan turut didatangkan dalam versi plug-in hybrid untuk memenuhi piawaian emisi Eropah yang semakin ketat dilaksanakan pada ketika ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…