Tiga sebab kenapa Dyson pilih Singapura sebagai lokasi pemasangan EV

oleh Mohamad Hanif|
Hampir 40 tahun yang lalu, Ford merupakan syarikat terakhir yang menutup fasiliti pemasangan kenderaan di Singapura seterusnya menandakan industri pemasangan kenderaan di Singapura terkubur begitu sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila Dyson mengumumkan mereka bakal membina kilang pemasangan kenderaan elektrik di negara kecil tersebut, ia sememangnya menarik perhatian ramai pihak.

Menurut pengarah serantau JD Power, Shantanu Majumdar berkata, "berita tersebut mengejutkan, bukan sahaja ia melibatkan kos operasi yang sangat tinggi, malah Dyson juga merupakan syarikat tunggal yang melahirkan hasrat untuk memasang kenderaan di Singapura."

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dyson, mereka memilih Singapura sebagai tapak adalah disebabkan akses yang mudah kepada pasaran selain sumber tenaga pakar yang ramai, dan kedua-dua faktor tersebut mengimbangkan kembali faktor kos yang ditimbulkan pada awalnya. 

Berikut merupakan tiga sebab utama kenapa Singapura dipilih sebagai tapak membangunkan fasiliti pemasangan kenderaan elektrik dan bukannya lokasi lain, berdasarkan analisis daripada pakar. 

 

1. Kos permulaan tinggi vs insentif yang pelbagai


Jika dibandingkan dengan beberapa bandar utama di dunia, Singapura merupakan antara lokasi yang termahal di dunia untuk memulakan sesebuah perniagaan disebabkan faktor lokasi yang amat terhad. 

Namun, bagi mengimbangi kembali segala kos permulaan operasi yang tinggi, Singapura memberikan banyak insentif kepada syarikat-syarikat baharu seperti:

  • pengecualian cukai selama lima tahun (dan boleh dipanjangkan tempoh sah)
  • geran yang mampu menampung sehingga 30% kos projek bagi menambah baik keberkesanan perniagaan

Selain daripada itu, Singapura juga turut aktif menggalakkan kemasukan beberapa syarikat pengeluar barangan mewah dan syarikat-syarikat besar yang mengutamakan produksi automatik sebagai modus operandi mereka. 

 

2. Pasaran kecil vs pasaran China


Singapura sebelum ini pernah dikritik oleh CEO Tesla, Elon Musk atas sebab pendirian mereka yang tidak begitu mesra kepada kenderaan elektrik.

Polisi pemilikan kenderaan yang dilaksanakan oleh kerajaan juga semakin ketat (dan mahal) di sana dan ia turut mempengaruhi jumlah kenderaan (termasuk EV) yang dimiliki individu yang berkemampuan. 

Secara kontrasnya, jumlah jualan kenderaan di China kini mencecah 700,000 unit untuk tahun ini, melebihi jumlah data yang digabungkan daripada pasaran Amerika dan Eropah. 

Namun, itu semua bukanlah satu penghalang memandangkan pelabuhan tersibuk di dunia kini berada di depan mata, Dyson mampu mengeksport kenderaannya daripada barisan produksi dengan mudah ke pasaran seluruh dunia termasuklah China, Jepun dan Korea. 

 

3. Dyson sudah lama 'bersaudara' dengan Singapura


Dyson sudah lama bertapak di Singapura dan mempunyai lebih 1,100 orang pekerja di Singapura dengan kadar penghasilan barangan elektrik dan digital sebanyak 21 juta unit setahun, selain mempunyai hab penghasilan di Johor Bahru dan juga Filipina. 

Untuk bertapak di pasaran China sebagaimana jejak langkah Tesla, ia mungkin bukan tindakan yang bijak memandangkan pasaran China kini sudah pun menjadi terlalu tepu dengan pelbagai jenis EV dan ini memaksa kerajaan China mengkaji semula pemberian subsidi dan insentif kepada pengeluar EV. 

Menurut Majumdar lagi, antara pertimbangan yang turut diberikan penekanan oleh Dyson ialah perlindungan hak intelek oleh kerana penguatkuasaan di Singapura sudah pun terbukti mampu melindungi hak intelek sesebuah pengeluar tidak seperti di China. 
 

Artikel ini dialihbahasakan dan diringkaskan daripada sumber asal yang bertajuk:

Explainer: Why did Dyson pick Singapore to build its electric car?

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…