Tiga rentung, kereta dinaiki rempuh lori sampah

oleh Hamimah Hamid|
TIGA individu yang belum dikenal pasti identiti dan jantina rentung setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh bahagian hadapan lori sampah di kawasan perindustrian Bercham, Ipoh.

Kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki ketiga-ketiga mangsa terbabit pula terbakar sebanyak 95 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 8.05 malam.

 

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela Bercham bergegas ke lokasi.

 

"Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah kereta terbakar 95 peratus manakala lori sampah turut terbakar di bahagian kepala lori sebanyak 50 peratus.

 

"Ketua operasi memaklumkan bantuan kren digunakan bagi mengalihkan lori sampah, setelah itu didapati tiga mangsa yang telah rentung berada di dalam kereta tersebut," katanya.

 

Justeru katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hose reel dari air tangki jentera.

 

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin Mohd Najamuddin itu tamat pada jam 11.35 malam.