Tiga promosi musim perayaan daripada SDAC Ford

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan penjimatan sehingga RM33,000 dengan pengenalan harga baharu sifar GST bermula 1 Jun 2018
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harga baharu itu akan kekal sehingga pengumuman selanjutnya mengenai perlaksaan semula cukai SST di Malaysia. 

Berikut merupakan senarai perubahan harga model Ford yang dijual secara rasmi di Malaysia. 
 


Bersempena dengan ulang tahun ke-10, SDAC tidak turut ketinggalan melancarkan promosi yang menarik sehingga 30 Jun 2018.

Para pelanggan yang membeli sebuah Ford Mustang bakal membawa pulang sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serba baharu secara percuma, manakala mereka yang memilih Ford Ranger varian Wildtrak akan menerima servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau 40,000 km jarak perbatuan yang mana terdahulu. 

Ford S-Max unit terhad juga ditawarkan pada harga permulaan RM147,000. 

Selain daripada itu, pembeli mana-mana varian Ford Ranger juga bakal berpeluang memenangi hadiah yang istimewa seperti Ford Fiesta 1.5L Sport dan 15 unit telefon pintar jenama Huawei Mate 10 Pro. 

Tambah memeriahkan keadaan apabila SDAC melengkapkan promosi mereka dengan Raya Joy & Enjoy khusus buat pembeli yang telah menempah dan melengkapkan dokumen pembelian mana-mana model kenderaan mereka. 

Tawaran ini membolehkan pembeli mndapatkan hadiah harian berupa telefon pintar atau gajet pintar bermula dari 1 Jun sehingga 13 Jun 2018.

Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh melawat laman rasmi pelbagai bahasa SDAC di www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…