Tiga perkara yang perlu dibenarkan pada lori treler Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak kebangkitan penjualan barangan online, industri logistik semakin berkembang pesat.

Jumlah lori-lori treler juga semakin meningkat di atas jalanraya dan secara tak langsung perlu ada sedikit perubahan kepada undang-undang sedia ada agar lebih relevan kepada industri dan juga kepada pengguna jalanraya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut penasihat Gabungan Persatuan Pemandu Pengangkutan Darat Malaysia (GPPPDM), Hairi Md Ali atau Along, ada tiga perkara yang boleh diubah untuk membantu pengendali lori treler dan juga meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya.

 

 

1. Penambahan lampu-lampu penanda  treler perlu dibenarkan

Along meminta agar lampu-lampu penanda sisi dan atas (sebenarnya lampu atas memang sudah diwajibkan, khusus untuk lori kontena) dibenarkan untuk dipasang di sisi trailer. Menurutnya, ia akan membantu pengguna lain mengenalpasti lori treler dan bersedia dengan kehadirannya.
"Ia juga penting ketika berada di simpang dan sebagainya kerana tanpa lampu penanda, orang tidak nampak bahawa ada treler melintang di tengah jalan raya.
Bayangkan jika lori rosak di tengah persimpangan jalan raya yang gelap. Ia memang situasi yang merbahaya," kata Along.

 

 

2. Besi penghadang bahagian bawah treler wajib dibenarkan

Besi "under run" atau penghadang yang berada di bahagian bawah sisi trailer perlu dibenarkan pemasangannya walaupun untuk treler yang sudah didaftarkan.
Along percaya ia akan membantu ketika kemalangan agar penunggang motosikal atau kenderaan lain tidak terperosok ke bawah treler dan digilis.

 

 

 

3. Penambahan kotak utiliti treler patut dibenarkan

Setiap lori treler mempunyai kelengkapan yang perlu dibawa. Antaranya ialah:

  • Lapisan papan untuk menampung jek ketika pancit. Jika tidak dialas dengan papan, jalan bertar akan rosak.
  • Bongkah kayu yang membantu menghalang lori dari tergolek ke belakang.
  • Kon-kon besar yang perlu digunakan jika lori rosak di tepi jalan.
  • Kanvas besar untuk menutup muatan jika hujan.
  • Alatan pembaikan lori

Buat masa sekarang, pemandu lori terpaksa kreatif dalam meletakan kelengkapan-keelengkapan tersebut kerana tidak dibenarkan untuk membuat penambahan tersebut pada treler mereka. 

Buat masa sekarang, ramai pemandu yang menyelitkan item-item itu dicelah-celah kerangka treler dan ia mempunyai risiko terjatuh ke jalan raya awam.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…