Tiga penunggang motosikal maut terlanggar kabel penunda

oleh HEZERI SAMSURI|
Tiga penunggang motosikal terbunuh akibat terlanggar kabel penunda di lebuhraya di wilayah Suphanburi, Thailand semalam.

Mangsa yang terbunuh berusia 20, 22 dan 29 tahun. Dua mati di lokasi sementara seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.
Modenas

Menurut laporan The Nation, ketiga-tiga pemuda itu sedang menunggang motosikal mereka bersama konvoi "Two-Wheel Lady" bila sebuah trak yang menunda sebuah bas melintasi laluan mereka.

Saksi yang diwawancara media berkata kabel yang digunakan untuk menunda bas kilang yang sudah kehabisan bahanapi itu terlalu panjang dan sukar untuk dilihat dari jauh.

Ketiga-tiga penunggang itu cuba melalui ruang di antara bas dan lori tersebut.

Pihak polis Thailand sedang menyisasat rakaman CCTV kejadian tersebut.

Untuk melihat video tersebut, lawati Instagram careta_malaysia di pautan di bawah.

https://www.instagram.com/p/CDsQfdKBMZu/?igshid=1cztu8f5s0iyz

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tidak cukup dengan itu, seorang daripadanya iaitu pelajar tingkatan empat didapati dengan…
Berita Domestik
Minyak enjin 100% sintetik, EMOS 7000E dilengkapi dengan kelikatan kelas SAE 10W-50, dengan…
Berita Domestik
“Hari ini banyak kenderaan mewah klon yang akan kita lelong. Kenderaan-kenderaan yang terbabit kes…