Tiga pemandu mabuk ditahan, 9 kenderaan disita

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tiga lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam Operasi Mabuk secara sekatan jalan raya di Jalan Pandan Indah di Ampang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua individu berusia 40 tahun hingga 70 tahun itu ditahan kerana memandu dengan tahap alkohol melebihi paras dibenarkan dalam operasi yang bermula jam 10 malam hingga 12 tengah malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Tangkapan bersama kenderaan yang terlibat dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan raya (APJ) 1987.

"Ujian nafas dengan menggunakan alat evidential breath analyzer II (EBA II) terhadap ketiga-tiga individu berkenaan mendapati tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa menurut Sinar Harian.

Mohd Azam berkata, pihaknya turut melaksanakan Operasi Khas Motosikal di sekitar Jalan Ampang dan Bukit Ampang.

"Ia bertujuan bagi mengekang dari berlakunya gejala-gejala tidak sihat dalam kalangan golongan remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat gangguan bunyi kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata, sembilan kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

"Sebanyak 82 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu yang sah, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cermin sisi dan lain-lain kesalahan," katanya.

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…