Acara yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) itu bakal menyaksikan pasukan Malaysia akan bersaing dengan pelumba elit dari Singapura, Indonesia, Thailand, Korea, India dan Taiwan dalam merebut slot ke TGR GT Cup Global Finals, serta hadiah tunai bernilai US$6,000 (~RM24,948).
TGR GT Cup Asia akan menampilkan empat perlumbaan di mana setiap pelumba akan dikira berdasarkan poin yang diperoleh.
Perlumbaan pembukaan akan menyaksikan para pelumba memandu jentera GR Yaris di Tokyo Expressway sejauh 7.3 km selama lima pusingan, diikuti dengan jentera GR Supra di Fuji Speedway, juga sebanyak lima pusingan.
Turut membuat kemunculan pada perlumbaan tahun ini adalah Toyota GR 86, di mana para pelumba akan memandu jentera ini di litar Spa-Francorchamps, Belgium yang akan turut menampilkan hentian pit mandatori dan penukaran tayar.
Perlumbaan terakhir akan berlangsung di litar bersejarah Le Mans sepanjang 13.6 km dengan menggunakan jentera TS 050 Hybrid.