Tiga kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Tiga buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebatang pokok berukuran kira-kira 30 kaki di Jalan Air Terjun, Kota Tinggi, Johor, pada Sabtu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menerusi hantaran di Facebook, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi menerima panggilan kecemasan jam 3 petang.

Sebuah jentera bersama 7 anggota diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Rafi Mohd Nor bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati tiga buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan rosak akibat pokok tumbang tersebut.

Kenderaan yang terlibat dalam insiden itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa, Myvi dan Honda Accord.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong pokok dengan dibantu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan polis.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga warna emas yang dipandu wanita berusia 26 tahun…
Berita Domestik
Difahamkan ketika kejadian, pelajar berkenaan dalam perjalanan dari arah Tenggara menghala ke kolej…
Berita Domestik
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Aieman Azriq Ahmad, 22, Nurul Fazilah Noor Azmi, 22, Aryan Kasyaf…